SEMANGAT JITU BELIA KAMPUNG

Salam semangat diucapkan kepada Warga Belia Kampung Sawah bahru yang memang mempunyai semangat setia kawan dan ber Pesatuan.
 
Kami 'sidang pengarang' berbangga dengan pencapaiana baik berbanding perkhabaran yang kurang senang didengar sebelum ini.
 
Bak pepatah Melayu "Melentur Buluh Biar Dari Rebung".
 
tidak ketinggalan kanak-kanak turut bersama



kalau nak join "boleh"
 
 
Kepada Beliawanis yang berminat untuk menggunakan gelanggang Bola Jaring boleh menghubungi Jawatankuasa Belia.
 
*** Pengumuman ***
 
Perasmian Padang Futsal akan Dilangsungkan Pada 10.Mac.2013 (Ahad) bermula 9.00 Pagi.
 
 
*Tarikh Masih Lagi dalam perbincangan,jika ada perubahan Kami akan memaklumkan awal.

JANGAN TAK PERCAYA

Salam keceriaan kepada penggunjung,kami rasa sungguh lega dimana pemasalahan yang dihadapi pengguna-pengguna tegar jalan kebun pinggir dan ke Felda Redong yang menggunakan "Jambatan Kayu Sementara" kini dalam proses pembinaan Jambatan yang baru.
 
Sehubungan itu keperihatinan pihak berwajib telah menjayakan slogan "Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan".
 
daif betul jambatan lama

 
 
Artikle yang pernah disiarkan "struktur kayu semakin mereput" dan "Flying over berbahaya".
 
Harapan kami agar projek tersebut terlaksana dengan jayanya.
 

 

SEBAHGIAN JALAN BERLUBANG TELAH DITURAP

Kami kumpulan sidang pengarang mengucapkan terima kasih 'daun keladi' kepada Jabatan Kerja Raya yang telah menyelesaikan isu yang disiarkan pada12.Feb.2013 bertajuk 'Lubang Berbahaya'.
 
Sehubungan perkara tersebut kami terus membantu pihak berwajib memberikan informasi untuk menjamin kesejahteraan Rakyat.
 
Lokasi 'Depan Rumah Encik Elias'


Lokasi 'Simpang Ke Korek Pasir'
 
Untuk pengetahuan pihak berwajib masih terdapat beberapa lubang yang masih belum dibaik pulih dan diharapkan pemantauan terus dilakukan dari masa ke semasa.
 
"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

DAH ADA TANDAS KIRA OK LE TU

Salam pengetahuan kepada semua,Untuk pengetahuan umum Balairaya kampung Sawah Baru kini telah menerima peruntukkan membina Tandas dan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan sebagaimana mengikut jadual.
 
Kami menghargai keperihatinan pemimpin untuk memenuhi keperluan rakyat.Dari pengamatan sebahagian warga belia, dan  mendatangi kami untuk mengajukan beberapa soalan agar perkara-perkara  kemuskilan dapat diselesai demi kebaikkan mendatang.
 
 
kenapa menggunakan struktur tandas lama???


Tandas lama telah mengalami kerosakkan disebabkan banjir lalu PRK

pastikan tangki tiada mendappan tanah untuk kelancaran sisa pepejal

Struktur asal tandas lama telah beberapa kali dilanda banjr dan tangki kumbahan kebiasaan telah dipenuhi lumpur.Harapan warga Belia agar projek pembinaan semula tandas untuk Balairaya Kampung Sawah Bahru akan dapat digunakan dengan penuh kesempurnaan dan secara langsung tiada unsur pembaziran.
 

PANDUAN RUMAH / ALAMAT PENDUDUK

Salam Pengetahuan kepada yang ingin mengetahui kedudukan Alamat rumah Kampung Sawah Bahru,Labis Johor Darul Takzim.

PELAN RUMAH PENDUDUK




NAMA/MENGIKUT NO RUMAH (Pelan)
 

* kami memohon maaf jika terdapat kesilapan *
 
SUMBER TERSEBUT DIPEROLEHI DARIPADA MASJID JAMEK KAMPUNG SAWAH BAHRU

DAH MAIN LE FUTSAL

Assalamualaikum kepada Warga Desa dan tidak dilupakan kepada penggunjung setia yang ingin mengetahui perkembangan semasa kampung yang memang permai nan damai.

Memang telah diduga Padang Futsal yang menjadi igauan Belia kampung telah tertunai walaupun belum di Rasmikan tapi AJK Belia telah memberikan persetujuan untuk digunakan (dah main bro).

Kami juga rasa gembira dan berharap belia-belia dan Barisan AJK Persatuan dapat menguruskan dengan berhemah.


Wajah-wajah keceriaan
 
 
Ni gambar 19.02.1013 baru je ptg tadi


harap-harap warga belia akan melahirkan pasukan yang berjaya


LUBANG BERBAHAYA


Kepada pengguna-pengguna Jalan Besar Kampung Sawah Bahru ke Pekan Air Panas diminta berhati-hati.Jalan yang didapati berbahaya itu bermula dari KM 2 ke KM 3 Jalan tersebut.
 
KM 2 (Simpang Ke Korek Pasir)

 
Berhadapan Rumah En. Elias
 

 
Kepada penungang-penungang Motorsikal Memang agak merbahaya kerana terdapat batu gasaran yang bertaburan.

MESYUARAT AGONG BELIA (Kelangsungan Program)

Salam Kesejahteraan kepada penggunjung setia blog.Sepertimana dijadualkan MESYUARAT AGONG TAHUNAN BELIA KAMPUNG SAWAH BAHRU telah mendapat sokongan penuh dari para belia.

Barisan Jawatankuasa 2013/15,Encik Idris Dan Encik Shahrudin
BARISAN JAWATANKUASA 2013/15
  1. PENGERUSI                                                     SAMSULI B. IBRAHIM
  2. TIMBALAN PENGERUSI                               KAMARUL  HAIRUDDIN B. SALEH
  3. NAIB PENGERUSI                                          IZUAN B.ABDULLAH
  4. SETIUSAHA                                                     MOHD. ZAKRY ZAKUAN B. ABD.WAHID
  5. BENDAHARI                                                   MUHAMMAD HAIRI B. ABD WAHID
JAWATANKUASA
 
  1.  ABD IMAN HAKIM B. ABD LATIF      
  2. SHUKRI B. OSMAN
  3. MUHAMMAD FITRI B. ABD KARIM
  4. KHAIREN B. ABDULLAH
  5. MUHAMMAD FARIDZUL B. RUDDIN
  6. KHAIRUL FITRI B. MAHMOOD

JURUAUDIT
 
  1. EZWAN B. ABD KARIM
  2. HAIRUL AZWAN B. MAHMOOD
Kami kumpulan pengarang blog sedia membantu Persatuan Belia untuk kemajuan mendatang.Mesyuarat agong berjalan lancar dan dipengerusi oleh Encik Rasdi B. Ya'acob.Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga belia yang menjayakan.
 
 
Belia adalah aset terpenting Negara, Sehubungan itu Persatuan harus memainkan peranan agar BELIA KAMPUNG SAWAH BAHRU dapat bersaing dengan arus kemajuan Malaysia.
 
 
 
  *** Pengumuman ***
 
Untuk pengetahuan Belia, Padang futsal akan dirasmikan dalam masa terdekat.
 

 
 

 

 

 
     
     

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013

VIP dan PENCERAMAH UNDANGAN
 
 
 
Assalamualaikum , salam percutian kepada Warga Kampung dan anak perantauan yang pulang bercuti,




Mak-Mak Je,mana Generasi Muda
Sambutan Maulidur Rasul Telah Dilangsung dengan jayanya.Kami Kumpulan sidang pengarang mengucapkan Terima Kasih kepada semua pihak yang berusaha.Penceramah Undangan Encik Najib Bin hussin (Penceramah Bebas Dan Mantan Penghulu Mukim Labis)
 
 
GROMBOLAN REWANG BAPAK - BAPAK

 
Masjid adalah Institusi penyatuan UMAT ISLAM jadi jangan kita sesekali membangkitkan sebarang isu peribadi untuk merosakkan ajaran sebagaimana telah dimaktub oleh junjungan Nabi
 
 MUHAMMAD S.A.W.
 
Tidak Dilupakan,ucapan Terima Kasih kami sambungkan kepada Warga belia kampung yang telah menunaikan tanggungjawab membantu kelancaran program.
 
Setiap sesuatu berlaku pasti ada sesuatu yang diluar kemampuan kita untuk mentafsirkan,kerana sesuatu telah dijadikan hanya ALLAH yang mengetahuinya.
 
 
***  kepada individu yang ingin menyumbangkan gambar boleh berbuat demikian ***
 

MESYUARAT AGONG PERSATUAN BELIA

Assalamualaikum Kepada Warga Belia,Mesyuarat Agong Persatuan Belia akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh        :    11.Feb.2013 (Isnin)
Masa          :    9.00 Malam
Tempat      :     Balairaya Kampung Sawah Bahru


Sehubungan perkara tersebut,Sesiapa yang berumur dari 15 Tahun Hingga 40 Tahun dijemput hadir untuk membentuk Jawatankuasa bagi sesi 2013-2015.


Sekian Terima Kasih.


 
"Kami terus menyokong pembangunan belia"


 
"BELIA PEMANGKIN NEGARA"
 
 
 

STATISTIK PENGGUNJUNG BLOG



Untuk pengetahuan Warga kampung sawah bahru,paparan statistik yang di siarkan adalah bertujuan untuk pengetahuan umum, sejak penubuhan blog http://kgsawahbahru.blogspot.com bermula 9.nov.2012 telah menjadikan blog kg. sawah baru sebagai kunjungan pilihan.Amerika Syarikat ialah diantara negara yang utama sering berkunjung dan united kingdom telah menduduki tangga ke 2,Jerman tempat ke 3.Kita warga Kg sawah bahru telah berjaya membawa kampung yang dahulunya tiada siapa yang mengenali dan mungkin memang tak dikenali  tapi dengan izin ALLAH kini kita telah menempah nama dipersada dunia sebagai kampung yang menyahut cabaran era globalisasi.

 

Paparan halaman mengikut Negara

Graf negara paling popular antara penonton blog
MasukanPaparan halaman
Malaysia

1402
Amerika Syarikat

109
United Kingdom

51
Jerman

18
Selatan Korea

13
Indonesia

4
Perancis

1

Paparan halaman mengikut Penyemak Imbas

MasukanPaparan halaman
Internet Explorer

983 (61%)
Chrome

294 (18%)
Firefox

152 (9%)
Mobile Safari

93 (5%)
OS;FBSV

26 (1%)
Safari

23 (1%)
UniversalFeedParser

9 (<1%)
Opera

4 (<1%)
Dolfin

1 (<1%)
chromeframe

1 (<1%)

Paparan halaman mengikut Sistem Pengendalian

MasukanPaparan halaman
Windows

1352 (84%)
Android

107 (6%)
Linux

66 (4%)
iPhone

35 (2%)
Nokia

21 (1%)
BlackBerry

8 (<1%)
Macintosh

7 (<1%)
Windows NT 6.1

2 (<1%)
Samsung

1 (<1%)


LAMPU GASOLIN


Salam Pengetahuan untuk penggunjung blog,dari paparan ialah(lampu Gasolin) sumber kraftangan satu ketika lalu telah menyumbang pendapatan sampingan kepada pengusaha-pengusaha.Untuk pengetahuan umum material dari surat khabar kitar semula dan secara langsung telah berjaya dalam tranformasi penggunaan barangan buangan untuk dijadikan sumber pendapatanSekarang mungkin ianya telah menjadi sebahagian dari sejarah namun sebagai medium penyaluran dan penyebaran maklumat untuk pengguna internet kami cuba akan membantu semampu boleh untuk mempromosi produk anyaman kembali dan secara lansung akan menjadikan sebagai pendapatan berterusan kepada warga desa.
Kami kumpulan sidang pengarang akan terus membantu warga yang ingin memasarkan apa juga hasil produk untuk dipasarkan didunia tanpa sempadan.


GERAI AIR BATU 'Parut'



Kami sedia membantu peniaga-peniaga tempatan untuk mempromosi kan perniagaan.Ini dia Gerai air batu 'parut' @ lebih dikenali "ABC".

Kami menyokong Warga kampung yang meminati bidang "Perniagaan".

 
"Maju Dan Jaya Kami Ucapkan"

BENGKEL MOTOR (Hot Spot)

'Joy'
 
 
Salam Pengumuman
 
Kepada penduduk kampung memang sudah mengenali dimana untuk memperbaiki 'motorsikal'sudah pasti 'Joy' menjadi rujukkan,untuk pengetahuan Warga yang masih belum mengetahui @ mengenali boleh berbuat demikian.
 
No tel tidak disertakan
 

GOTONG ROYONG PERDANA

 Sabtu 02/02/2013 kampung sawah bahru telah mengadakan "Gotong Royong Perdana" peringkat Perdana tapi 'ala kampung'.
 
Kami mohon maaf kerana tidak memaklumkan program tersebut seawalnya.
 
Program tersebut berjalan dengan lancar tapi kehadiran warga kampung kurang mendapat sambutan.
 
Kami mengucapkan jutaan Terima Kasih jawatankuasa penggerak.
                         'kumpulan belia'
 
 
 
 
'otai tu bro'

POT DENGGI

 
Assalamualaikum kepada penggunjung dan salam informasi kepada pihak yang berwajib.Untuk pengetahuan umum diatas pengaduan penduduk sekitar kawasan terbabit hanya mampu berserah kepada takdir tapi dari pengamatan kami,memang terpanggil untuk terus mengutarakan perkara tersebut.

 
Telah diketahui umum disember 2012 kampung sawah bahru telah menghadapi penomena denggi yang sangat serius namun tindakkan yang diberikan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN SEGAMAT sangat membanggakan dan langkah-langkah pencegahan telah diatur dan terlaksana dengan jayanya.
'Pot Denggi'
 
 
Sehubungan itu wajar pihak berwajib membantu menyelesai isu longkang yang bertakung disebabkan projek terbengkalai.Apakah jika berlaku kematian (denggi) disebabkan longkang tersebut baru pihak berwajib memandang serius