Salam kesejahteraan.Pada tarikh 23.April.2013 Setesen TV arus
Perdana telah menyiarkan pengumuman yang disampaikan oleh Dato’ seri Najib
dimana akan menghulurkan bantuan sebanyak RM 500.00 kepada pekebun getah yang
kini sedang menghadapi kejatuhan harga diparas kemiskinan.Sebagaimana
keterangan beliau pengagihan bantuan tersebut akan disalurkan melalui
Pejabat-pejabat RISDA setempat bermula hari khamis (25.April.2013).
metro |
Dari tinjauan kami rata-rata pekebun getah mengucapkan terima
kasih kepada pihak pemerintah yang telah mendengar pemasaalahan pernah kami
siarkan bertajuk “PEMBELAAN PENGUSAHA DAN PEKEBUN GETAH MALAYSIA”.
Pengumuman bantuan tersebut telah membuatkan kami didatangi
pelbagai lapisan masyarakat pekebun getah dengan macam-macam persoalan yang
juga perlu diperjelaskan oleh pihak berwajib (RISDA) yang menjadi agensi
pengagihan bantuan.
Daripada helaian berita metro 25.April.2013 (hari ini) bantuan tersebut telah pun mula diagihkan kepada pekebun-pekebun Daerah segamat dimana telah dilangsungkan di Unversiti Teknologi MARA Segamat.Pengagihan bantuan tersebut hanya diberikan kepada pemilik-pemilik pekebun kecil.
Sehubungan itu pihak pemerintah sewajarnya mempertimbangkan agar bantuan tersebut juga dapat disalurkan kepada warga "penoreh getah" yang tidak mempunyai kebun dimana bekerja dengan pemilik-pemilik kebun yang berhijrah kebandar.
Harapan kami "kumpulan Blogger" agar pengagihan bantuan dapat disempurnakan kepada golongan sasar secara langsung membantu isu "kejatuhan pendapatan" yang meruncingkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog