Assalamualaikum dengan ucapan kesejahteraan kepada warga pembaca setia.3.April.2013 (semalam) Ds Najib Tun Razak telah membubarkan Parlimen buat kali ke 12.Sebagaimana peruntukkan undang-undang tempoh pilihanraya akan diadakan 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen namun sebagaimana diketahui Dewan Undangan Negeri Sembilan telah dibubarkan pada 28.March.2013,untuk proses pilihanraya serentak maka Pilihanraya Umum mungkin diadakan sebelum 28.Mei.2013.
Kami kumpulan Blogger berharap Pilihanraya Kali ke 13 akan berjalan dengan lancar dan Pengundi-pengundi yang berdaftar akan dapat menunaikan tanggungjawab demi untuk memilih tampuk Pemerintahan Malaysia.
Secara umum telah diketahui akan amalan Demokrasi berperlembagaan secara rasmi dan seharusnya saling hormat menghormati pilihan Parti yang menjadi idola kepada pengundi-pengundi.
Dalam menempuh era Globalisasi seharusnya Rakyat Malaysia kini semakin bijak dan keterbukaan.Kebaikkan itu dari keperibadian individu bukan logo dan lambang namun jangan sekali memisahkan dan berlaku jurang dengan Saudara Seagama "ISLAM".
Apa juga keputusan PRU 13 mendatang kelak adalah ketentuan maha Kuasa dan jangan sekali kita menghukum kerana sebagai manusia kita tidak lari dari dugaan.
Perjuangan yang jelas ialah "ISLAM" dan hidup dan mati dengan kalimah "Tiada tuhan disembah melain ALLAH,Sesungguh Muhammad itu pesuruh ALLAH".
Nescaya jika itu panduan maka selamat dan damai,InsyaALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog