PENGERTIAN NILAI DEMOKRASI


Malaysia sebuah negara yang telah mengecapi kemerdekaan 55 tahun dan dasar termetrai perjanjian terdiri dari kaum Pribumi,Melayu (Bumiputra),Cina dan India dengan perlaksanan sistem Demokrasi.Namun dari perjanjian kemerdekaan tersebut masih lagi belum mampu memberikan pengertian yang jelas kepada semua kaum.Ternyata Melayu masih lagi mendahului berbanding kaum-kaum lain di Bumi Malaysia tertinggal dan ketinggalan dari kefahaman,pengertian dan perlaksanan Demokrasi.

Kaum Melayu telah berjaya menjuarai dari aspek percakaran , perbalahan dan sanggup melemparkan pelbagai dakyah yang akan merosakkan , semata-mata untuk kepentingan peribadi.Media cetak dan elektronik terus memaparkan percakaran sehingga terlupa nilai-nilai ‘ISLAM’.Kaum dan Bangsa selain melayu hanya sebagai penonton setia dan secara langsung menjadikan Kaum melayu sebagai penglipurlara dan umpama badot dengan pertelingkahan yang terus berlangsung tanpa noktah.

Kami mengucapkan terima kasih sejungjung tinggi kepada Warga Kampung Sawah Bahru yang semakin matang dan faham juga hampir mendalami pengertian Demokrasi.Hormat menghormati,toleransi,kemasyarakatan dan yang terpenting jangan memperkecil,menghina,mengkeji,menghukum dan membenci kepada siapa juga dengan fahaman politik berlainan.
 

Usia kemerdekaan Malaysia di tahap umur yang boleh dikatakan cukup matang dan sewajibnya Kaum Melayu seiring dan kebersediaan mengharungi arus kemajuan.Jangan terlintas sekecil kuman didalam hati untuk menilai juga menghukum sesama manusia kerana ‘sesuatu kejadian itu pasti ada sesuatu perkara hanya ALLAH maha mengetahui’.

Pangkat , darjat juga gelaran itu hanya sementara.Kebaikkan , kemulian , keinsafan , keserdahanaan , ketaqwaan , keimanan dan kemakmuran itu datang dari hati yang benar-benar mendalami ISLAM.Jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan dan ISLAM sebagai anutan dan pegangan , sesungguh ALLAH maha segalanya , amin.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog