KENAIKKAN HARGA BAJA DAN RACUN RUMPAI


Warga pekebun kecil semakin bingung dan hairan juga terus terhimpit dengan kenaikkan harga barangan pertanian seperti Baja , Racun rumpai  dan Benih Kelapa sawit juga benih Getah.Secara rutin pekebun wajib menggunakan baja dan racun rumpai sebagai keperluan asas dalam sektor pertanian.

Kejatuhan Harga Komiditi seperti getah dan kelapa sawit menjadi faktor utama dan secara langsung telah menyukarkan pekebun-pekebun kecil membeli keperluan asas pertanian.Berulang kali secara jelas tunjang ekonomi Malaysia sejak atau sebelum kemerdekaan dari hasil pertanian iaitu getah yang telah mendominasi ekonomi Negara.

Keluhan demi keluhan terus dimajukan kepada pihak berwajib namun sehingga kehari ini Warga pekebun kecil berasa “Seperti anjing menyalak bukit”.Keutuhan penyokong BN dari warga pekebun pasti akan hakis jika Kerajaan pemerintah tidak mengambil sebarang inisiatif untuk memantau harga baja , racun dan keperluan lain untuk keperluan Pekebun.
racun rumpai

Harga racun rumpai jenis serapan sebagai contoh jenama ecomax harga pada tahun 2012 RM 45.00/ (4 litre) , Febuari 2013 telah naik kepada RM 55.00/(4litre) dan selepas PRU 13 lalu pekebun-pekebun kecil hairan kerana harga terus meningkat RM 65.00/(4 liter).Siapa yang harus bertanggungjawab diatas kenaikkan harga tersebut dan apakah Kementerian Pertanian tidak sedar atau memang tidak mempunyai kuasa untuk memantau.
 
 
Harus kita semua berfikir secara rasional dalam masa terdekat pasti akan berlaku kenaikkan harga sayur dan barangan keperluan harian yang berasas pertanian.Segalanya kita tengok dan fikirkan agar kehidupan harian kita mampu menampung dengan pendapatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog