RAGAM CUTI PENGGAL SEKOLAH


24.Mei.2013 lalu cuti penggal sekolah telah bermula.Kesunyian kampung telah mula dirasai kemeriahan , pelbagai aktiviti anak-anak dilakukan.Jalan-jalan dan lorong kawasan perumahan dihiasi dengan aktiviti permainan dan ada diantaranya yang mencuba mempelajari menungang motorsikal dan berbasikal.

Warga-warga kota mula membanjiri kampung dan suasana keriangan jelas dapat digambarkan.Majlis-majlis perkhawinan dan kenduri kendara terus berlangsung mengambil kesempatan dihari cuti penggal persekolahan.

Tidak dinafikan berlaku pelbagai pekara yang disering terjadi diantaranya “kemalangan kecil” pasti terjadi dimana sebuah motorsikal telah merempuh MPV naza.Tinjauan kejadian tersebut berpunca dari pokok bunga yang menghalang penglihatan pengguna dipersimpangan tersebut.
 
 

Kepada pemilik-pemilik rumah yang berada dipersimpangan jalan seharusnya bersikap prihatin agar dan tidak menanam sebarang pokok yang bakal menghalang penglihatan pengguna-pengguna keluar dari persimpangan.

 
Kepada pengguna kenderaan diminta memperlahankan kenderaan anda ketika berada dijalan persekitaran kawasan perumahan secara langsung dapat mengurangkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog