Assalamualaikum dan Salam PRU 13 kepada Warga yang setia berkunjung blog.
Tanggal 20.April.2013 iaitu hari sabtu lalu telah berlangsung 'Program Keluarga Sakinah' di Masjid Jamek Kampung Sawah Bahru.Dari keterangan Jelas Program tersebut adalah satu kaedah yang mengikut lunas-lunas ISLAM dalam organisasi kekeluargaan.
Dari pengetahuan umum 'kelahiran bayi' kebiasaan telah menjadi adat 'Melayu' akan mengadakan kenduri 'potong jambul' namun dari panduan sebenar ISLAM ialah kaedah 'Bercukur rambut'.
Rambut bayi yang dicukur perlu ditimbang dan kadar timbangan tersebut harus dinilaikan mengikut nilai emas semasa (wang).
Dari nilai wang tukaran emas tersebut perlu disedekah kepada pakir miskin @ asnaf.
lafaz pengistiharan nama anak
|
Kehadiran dari golongan kaum ibu sangat meriah.
Diantara menarik perhatian program tersebut, 'Lafaz Tanggungjawab' ibu bapa kepada anak-anak yang telah 'akil baliqh'.
Kami kumpulan Blogger mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang berjaya menganjurkan program.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog