Assalamualaikum dan Salam hormat kepada penggunjung setia
yang sentiasa mengikuti perkembangan dasar keperluan rakyat kampung yang
terkadang memang kurang perhatian.
TRANFORMASI yang menjadi laungan untuk merubah arah kemajuan,
kurang memberikan kandungan kepentingan kepada pekebun Getah secara
keseluruhan.Kejatuhan harga Getah menjadikan pengusaha berhadapan dengan
kesukaran merentasi arus ekonomi yang kian meningkat.
Pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza telah menjadi
perbualan,keperluan latex menjadi kepentingan Dunia namun kejatuhan harga tidak
dapat dibantu mana-mana Pihak berwajib.Dengan jelas pengusaha dan pekebun getah
menghadapi kesukaran dalam pengurusan dan penyelengaraan kebun disebabkan peningkatan
harga Baja,Racun rumpai dan benih.
Penubuhan Persatuan-persatuan Nelayan di Seluruh Malaysia
telah berjaya meraih kefahaman kepada kerajaan pemerintah dengan pelbagai
imbuhan yang telah diberikan, seperti
rebet Bahan Api,Rebet barang asas Nelayan (pukat dan engine) dan yang terbaru
bantuan RM 200/Bulanan.
Secara keseluruhan Pekebun Getah rasa terpinggir tapi jika
dilihat dari sudut pengetahuan memang tidak dinafikan 70% diantaranya Warga
pekebun getah kurang memahami bagaimana dan dimana harus menjelaskan
pemasalahan yang ditanggung.Dari hari ke hari dan dari tahun terus berlalu
namun luahan hanya ibarat “anjing
menyalak bukit”.
PEKEBUN GETAH
|
NELAYAN
|
(BAHAN
API)
TANPA
SUBSIDI
|
(BAHAN
API)
HARGA SUBSIDI
|
(BAJA/RACUN)
TANPA
SUBSIDI
|
(PUKAT/ENGINE)
HARGA
SUBSIDI
|
(BANTUAN
BULANAN)
TANPA
BANTUAN
|
(BANTUAN
BULANAN)
RM 200
|
|
|
FAKTA PEKEBUAN GETAH
(SETAHUN)
-
PENGHASILAN MAKSIMUM 8 BULAN / SETAHUN (4 BULAN PENGHASILAN
30%-45%)
Pokok Getah (Latex) diantara tanaman
yang mempunyai kitaran meluruh daun dan proses pendaunan semula memakan masa 4
bulan dan masa tersebut penghasilan hanya 30%-45%.Secara am Pekebun Getah dan
Nelayan mempunyai persamaan diantararanya musim tengkujuh (hujan) juga tiada
penghasilan pendapatan,Kebergantungan cuaca menjadi faktor utama.
-
PENINGKATAN HARGA BENIH
Pertengahan tahun 2012 harga benih
getah telah meningkat sehingga dari RM 2.50/pokok sehingga RM 4.20/pokok.
-
KENAIKKAN HARGA BAJA
Untuk pengetahuan umum, harga baja
terus meningkat dari tahun ketahun.Baja dari RISDA sendiri berharga RM
43.00/beg untuk 25 kilogram.
BANTUAN TANAM SEMULA
Bantuan tanam semula yang telah
diberikan memang langsung membantu
pekebun getah RM 9200.00/hektar.
a. Benih 500 pokok/hektar RM 2100.00
b. Baja 45-60 beg baja/hektar untuk 5
Tahun RM 1935.00
Bantuan RM 9200.00 ditolak kos benih
dan baja RM 4035.00 berbaki RM 5165.00 untuk menampung pelbagai lagi kos
seperti peyelengaraan berkala selama 5 Tahun.Tanaman sampingan dalam proses
tumbesaran Benih getah hanya boleh dibuat dalam tempoh 36 bulan sahaja.
KEPENTINGAN
BERORGANISASI
-
Penubuhan
Organisasi yang membela kepentingan sesuatu kumpulan itu harus dari kalangan
golongan pengusaha dan pekebun getah sendiri.
-
Membantu
dalam menyampaikan sebarang pemasalahan am pengusaha dan pekebun getah (latex)
-
Secara
langsung memberikan pelbagai input kepada Pekebun Getah,Kerajaan,Agensi
berkaitan dan segala apa juga keperluan dan kepentingan ada penyelesaian.
*** Kepada pengusaha dan Pekebun Getah Malaysia,ayuh bersama
menyokong penubuhan Organisasi untuk pembangunan dan kemajuan sektor pertanian
terus membantu rakyat dan Negara.
SEBARANG KOMENTAR DAN
CADANGAN ANDA BOLEH DIMAJUKAN KEPADA
“BERSAMA KITA MEMAJUKAN
GOLONGAN PENGUSAHA DAN PEKEBUN GETAH MALAYSIA”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog