LETAK JAWATAN

Assalamualaikum dan Salam Kesejahteraan.Kami mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung sawah bahru yang terus menyokong dan sentiasa memberikan pandangan agar segala pemasalahan rakyat dapat di majukan kepada pihak berwajib. 
Sebagai Manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan namun jika perbuatan berlarutan pasti mengundang pelbagai jawapan yang tanpa kepastian.“Masjid” adalah  instiutusi penyatuan Umat Islam dan jangan sekali terlintas mengilhamkan penipuan. 
Isu “Imam 2 Letak Jawatan” telah menjadi perbualan hangat dan tanpa jemu saban hari sebilangan besar penduduk memohon perkara tersebut dapat dipaparkan dilaman blog kampung dan dapat dimajukan kepada pihak bertanggungjawab. 
Sebagai Kumpulan pengarang yang beretika setiap apa juga paparan mempunyai fakta,bukti dan kebenaran dari individu terbabit.Dari sumber fakta sebenar Encik Mohd Rozi Bin daud telah lulus temuduga jawatan imam sebagaimana surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi daerah Segamat(PADS/PPMS/05/021).
 
LULUS TEMUDUGA IMAM

Keterangan beliau juga menyatakan telah menyandang jawatan sebagai Imam 2 selama 11 bulan tanpa menerima sebarang elaun sebagaimana Masjid Jamek kariah dalam Negeri Johor.Tuntutan beliau adalah sebagaimana peruntukkan diterima yang telah dipersetujui Pejabat Kadi Daerah Segamat.


 
 
Rata-rata penduduk menghargai tugasan dan kebertanggungjawab Encik Mohd Rozi yang telah lama berkhidmat di Masjid Jamek kampung Sawah Bahru dengan seawal permulaan mejawat Jawatan pembantu bilal dan sehingga dilantik sebagai Imam 2 bagi tujuan menggantikan perletakkan Jawatan imam 1 yang uzur (Hj Abd Rahman Bin Tarip).
 

 
 
Harapan besar Penduduk-Penduduk memohon agar pihak Pejabat Kadi Daerah Segamat dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor dapat menyelesaikan perkara tersebut.Dari pandangan Warga kampung pihak berwajib harus memandang dan menyelesaikan dengan secepat mungkin.Pelbagai persoalan dan jawapan yang ditafsirkan Warga Kampung Sawah Bahru namun penjelasan sebenar ialah dari individu-individu yang terbabit.
Secara keseluruhan warga kampung dan kumpulan sidang pengarang blog Kampung Sawah Bahru menyokong Encik Mohd Rozi Bin Daud selama perkhidmatan sebagai Imam 2 memandang beliau ialah Generasi pelapis yang berkelayakkan. 
Kami sedia membantu mana-mana pihak untuk penyelesaian isu tersebut agar dapat menghentikan sebarang sepkulasi yang bakal merosakkan reputasi pelbagai pihak.
 


1 ulasan:

  1. Terima kasih di atas sokongan anda.....

    setiap perkara yg berlaku ada hikmah yang Allah sembunyikan terlebih dahulu....

    BalasPadam

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog