MAJLIS MAULIDUL RASUL

Salam sejahtera untuk warga kampung sawah bahru,sempena menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W , Masjid kampung akan mengadakan sambutan sepertimana tersebut :-
  • Tarikh 9 .Febuary . 2013
  • Hari     Sabtu (malam)
  • Masa   Lepas Maghrib
 
Sehubungan itu Warga Kampung Dijemput bersama untuk menjayakan program tersebut

SALAM MAULIDUL RASUL

Assalamualaikum,Kami mengucapkan Selamat bercuti kepada Warga Kampung Sawah Bahru.
 
Sempena Menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W seharusnya kita Harus berbanyak bersyukur kerana Bumi Malaysia kita hidup dalam keamanan.
 
Kepada Anak perantauan yang pulang ke Desa Permai menyambut cuti selama 3 hari diharapkan terus menjaga keselamatan ketika di Jalan raya/Lebuh raya.
 
 
Kepada Warga Kampung yang ingin menyumbangkan penulisan dan sebagainya untuk diterbitkan di laman http://kgsawahbahru.blogspot.com boleh email ke hackesmy@gmail.com.

HUJAN TANPA HENTI

Hujan mula membasahi bumi labis pada petang Jumaat lalu sehingga ke hari ini.Sudah menjadi kebiasaan warga kampung penoreh tegar akan menjadikan musim hujan sebagai cuti tahunan.Kepada yang rumah berdekatan dengan sungai dan saliran bakal mengundang banjir pasti akan merasai kegusaran tapi bak pepatah "lumrah alam".Tragedi 'banjir' adalah fenomena yang wajar dalam kitaran bumi dan situasi demikian harus pasrah akan kejadian.
Generasi muda mula memancing dengan pelbagai juadah umpan untuk mendapatkan ikan.
*** amaran***
kepada ibu/bapa dan penjaga 
pastikan anak-anak anda tidak mandi disungai kerana keadaan arus yang agak deras dan ramai generasi baru memang tak pandai berenang

PADANG FUTSAL SIAP SEPENUHNYA

Padang Futsal Yang menjadi impian Belia kini telah ditunaikan janji.Diharap Belia dapat mentadbir dengan sebaik mungkin dan perlu di ingatkan Kos penggunaan air dan bekalan elektrik dapat diurus selia sebaiknya.
Kami kumpulan sidang pengarang terus membantu golongan belia untuk memastikan arah tuju kebaikkan mendatang.

******  PERHATIAN  ******

Tunggu Perasmian baru boleh digunakan,,,,,sekian

TEMUDUGA TERBUKA

Assalamualaikum dan Semoga sejahtera kepada Warga Kampung Sawah Bahru.Untuk pengetahuan umum buat pertama kali kami kumpulan sidang pengarang menjemput Warga-Warga kampung sawah bahru yang layak memenuhi kekosongan Jawatan Sebagai Sidang pengarang di http://kgsawahbahru.blogspot.com
 
Kelayakkan  : 
  1. Mahir menggunakan Komputer dan perisian Blogger.
  2. Boleh membaca dan mengira.
  3. Kesanggupan untuk berkhidmat tanpa bayaran dan memang tak bergaji.
  4. Mempunyai Komputer sendiri (notebook) kalau berminat dan memang berminat kami sedia memberikan cara pengendalian terbaik.
Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung terus ke email chief editor :   hackesmy@gmail.com
 
     

STRUKTUR KAYU SEMAKIN MEREPUT

Kepada Pengguna-Pengguna Jambatan sementara,,,Sila ambil perhatian kerana struktur kayu jambatan semakin mereput dan membahayakan.Diminta kepada pengguna laluan tersebut sentiasa berwaspada.
 
Gambar yang dipaparkan diperolehi dari individu yang menggunakan laluan tersebut dan kami membuka ruang pandangan dari penduduk untuk penambahbaikkan kepada pengguna.

TERIMA KASIH Y.B TOK i


Pengguna-pengguna Jalan Lau/Pinggir dan Ceroboh keseluruhan nya menarik nafas lega kerana Jalan yang mengalami kerosakkan telah dibaiki sepenuhnya oleh Y.B Azahar Bin Ibrahim.Sehubungan itu Mejoriti Penduduk merakamkan ucapan Terima Kasih kepada Y.B yang prihatin dengan persekitaran dan kepentingan Rakyat.Kini Jalan dan laluan yang rosak telah dibaiki dengan penambakkan batu gasaran dan secara langsung telah melancarkan pengeluaran hasil pertanian penduduk dan laluan di jambatan sementara ke Pinggir/Padang kerbau juga telah disempurnakan.Kami sedaya upaya akan terus membantu dalam menyampaikan maklumat kepada mana-mana pihak-pihak berwajib.

SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH BAHRU JUARA OLAHRAGA


(ULASAN BERITA HARIAN Khamis 9.Ogos.1979/16.Ramahdan 1399)
SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH BAHRU JUARA OLAHRAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH BAHRU LABIS menjadi juara kejohanan keluarga Temasya Sukan Sekolah-Sekolah Gabungan Tenang yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas, Labis baru-baru ini. Sekolah-sekolah yang bergabung ialah Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas, Sekolah Kebangsaan Tenang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Kampung Tenang. Sekolah Sawah Baru juga berjaya menjadi johan dalam lari merentas desa yang disertai oleh murid-murid darjah lima dan enam Sekolah-Sekolah Gabungan Tenang.Jurulatih Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, Cikgu Saadon Abdullah bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh murid-muridnya.“Murid-murid kami sungguh bersemangat dan tahan lasak”, katanya. “Kami berharap bila di sekolah menengah nanti, mereka akan terus menyambung kegiatan ini lagi”, kata Cikgu Saadon lagi.Penolong Pegawai Daerah Kecil Labis telah merasmikan kejohanan tersebut.*Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sawah Baru yang telah menganbil bahagian dalam acara olahraga berjaya menjadi juara bila mereka mengalahkan beberapa buah sekolah lain.Gambar oleh Saeril Sahlan & SALAM Aidilfitri.
Sumbangan Gambar : Samsuli Ibrahim.
Paparan Sejarah adalah aset terpenting kepada generasi mendatang dan kami (Sidang Pengarang) menjemput Warga Kampung Sawah Bahru menyumbang Penulisan dan Sebagainya untuk dijadikan rujukkan Umum.

PADANG SEKOLAH

 
 

 
Kami akan mendapatkan kebenaran dari pihak sekolah untuk memaparkan nama-nama tenaga pendidik dan email untuk ibu/bapa dan penjaga berhubung dan mengetahui perkembangan prestasi pelajar.

PERSEKITARAN SEKOLAH

Blok Bangunan