GOTONG ROYONG PERDANA S.K.S.B

Assalalmualaikum dan Salam Kesejahteraan kepada Warga kampung permai lagi indah nyaman.
 
Sekolah Kebangsaan Sawah Bahru telah mengadakan gotong royong perdana ala kampung tapi sambutan cukup meriah dengan kehadiran yang telah diberikan.
27.March.2013
Bancuh simen kumpulan bapa-bapa.
 
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada PIBG,guru-guru dan yang terpenting ibu bapa yang telah memberikan komitmen terbaik.
 
pemandangan air terjun
created by long

 
Kalau berminat untuk menghiasi dinding kediaman anda boleh menghubungi insan tersebut.
 
 



Bersama membina penyatuan ummah
 



PEMBELAAN PENGUSAHA DAN PEKEBUN GETAH MALAYSIA


Assalamualaikum dan Salam hormat kepada penggunjung setia yang sentiasa mengikuti perkembangan dasar keperluan rakyat kampung yang terkadang memang kurang perhatian.

TRANFORMASI yang menjadi laungan untuk merubah arah kemajuan, kurang memberikan kandungan kepentingan kepada pekebun Getah secara keseluruhan.Kejatuhan harga Getah menjadikan pengusaha berhadapan dengan kesukaran merentasi arus ekonomi yang kian meningkat.

Pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza telah menjadi perbualan,keperluan latex menjadi kepentingan Dunia namun kejatuhan harga tidak dapat dibantu mana-mana Pihak berwajib.Dengan jelas pengusaha dan pekebun getah menghadapi kesukaran dalam pengurusan dan penyelengaraan kebun disebabkan peningkatan harga Baja,Racun rumpai dan benih.

Penubuhan Persatuan-persatuan Nelayan di Seluruh Malaysia telah berjaya meraih kefahaman kepada kerajaan pemerintah dengan pelbagai imbuhan yang telah diberikan,  seperti rebet Bahan Api,Rebet barang asas Nelayan (pukat dan engine) dan yang terbaru bantuan RM 200/Bulanan.

Secara keseluruhan Pekebun Getah rasa terpinggir tapi jika dilihat dari sudut pengetahuan memang tidak dinafikan 70% diantaranya Warga pekebun getah kurang memahami bagaimana dan dimana harus menjelaskan pemasalahan yang ditanggung.Dari hari ke hari dan dari tahun terus berlalu namun luahan hanya ibarat “anjing menyalak bukit”.


PEKEBUN GETAH

NELAYAN

(BAHAN API)

TANPA SUBSIDI

(BAHAN API)

HARGA SUBSIDI

(BAJA/RACUN)

TANPA SUBSIDI

(PUKAT/ENGINE)

HARGA SUBSIDI

(BANTUAN BULANAN)

TANPA BANTUAN

(BANTUAN BULANAN)

RM 200

 

 

 


 
FAKTA PEKEBUAN GETAH (SETAHUN)
-          PENGHASILAN MAKSIMUM  8 BULAN / SETAHUN (4 BULAN PENGHASILAN 30%-45%)
Pokok Getah (Latex) diantara tanaman yang mempunyai kitaran meluruh daun dan proses pendaunan semula memakan masa 4 bulan dan masa tersebut penghasilan hanya 30%-45%.Secara am Pekebun Getah dan Nelayan mempunyai persamaan diantararanya musim tengkujuh (hujan) juga tiada penghasilan pendapatan,Kebergantungan cuaca menjadi faktor utama.
-          PENINGKATAN HARGA BENIH
Pertengahan tahun 2012 harga benih getah telah meningkat sehingga dari RM 2.50/pokok sehingga RM 4.20/pokok.
-          KENAIKKAN HARGA BAJA
Untuk pengetahuan umum, harga baja terus meningkat dari tahun ketahun.Baja dari RISDA sendiri berharga RM 43.00/beg untuk 25 kilogram.
BANTUAN TANAM SEMULA
Bantuan tanam semula yang telah diberikan memang  langsung membantu pekebun getah RM 9200.00/hektar.
a.      Benih 500 pokok/hektar RM 2100.00
b.      Baja 45-60 beg baja/hektar untuk 5 Tahun RM 1935.00
Bantuan RM 9200.00 ditolak kos benih dan baja RM 4035.00 berbaki RM 5165.00 untuk menampung pelbagai lagi kos seperti peyelengaraan berkala selama 5 Tahun.Tanaman sampingan dalam proses tumbesaran Benih getah hanya boleh dibuat dalam tempoh 36 bulan sahaja. 
KEPENTINGAN BERORGANISASI
-          Penubuhan Organisasi yang membela kepentingan sesuatu kumpulan itu harus dari kalangan golongan pengusaha dan pekebun getah sendiri.
 
-          Membantu dalam menyampaikan sebarang pemasalahan am pengusaha dan pekebun getah (latex)
-          Secara langsung memberikan pelbagai input kepada Pekebun Getah,Kerajaan,Agensi berkaitan dan segala apa juga keperluan dan kepentingan ada penyelesaian.
*** Kepada pengusaha dan Pekebun Getah Malaysia,ayuh bersama menyokong penubuhan Organisasi untuk pembangunan dan kemajuan sektor pertanian terus membantu rakyat dan Negara.
SEBARANG KOMENTAR DAN CADANGAN ANDA BOLEH DIMAJUKAN KEPADA
“BERSAMA KITA MEMAJUKAN GOLONGAN PENGUSAHA DAN PEKEBUN GETAH MALAYSIA”




PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

ASSALAMUALAIKUM,Salam ke KITAan.Sepertimana dirancang 16.Mac.2013 Program "Pemimpin Bersama Rakyat" telah dilangsungkan dengan sempurna.
 

 
Jawatankuasa penggerak program mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada warga yang datang walaupun dimasa sama penduduk memberikan komitmen utama kepada "Pengurusan Jenazah" Arwah 'Isman Bin Hasan'.
 
 
Perasmian Futsal
 
SEPAK TAMA PERASMIAN
Dari Perbincangan Editor Blog mencadangankan Program penanaman "kelapa",bagi menampung keperluan dan secara langsung menjadi satu inspirasi baru 'penambahan pendapatan'.

 
 
Lawatan tapak Pembinaan Jambatan baru dimana pernah disiarkan dalam blog "Flying over Berbahaya"..Pihak Kontraktor Berjanji projek tersebut disiapkan mengikut jadual dalam masa 2 minggu lagi.

 
Semua Golongan warga kampung memberikan komitmen baik.
 
 
 
 






JUARA FUTSAL

Salam ceria kepada pemain-pemain yang telah menyertai pertandingan futsal tertutup anjuran Persatuan Belia.
 
Pasukan yang menyertai :-

 
SAWAH FC
BUDAK NAKAL
WALLAWEH
BUDAK STOR
OLD SCHOOL
 
Juara
 
BUDAK STOR

TEMPAT KEDUA
 
OLD SCHOOL
 
TEMPAT KETIGA
 
WALLAWEH
 
Sekalung tahniah diucapkan Persatuan Belia yang telah berjaya melaksanakan.
 
 


S.K.S.B MESYUARAT AGONG KALI 38

SEK.KEB SAWAH BAHRU telah mengadakan Mesyuarat Agong buat kali ke 38.Untuk pengetahuan umum keputusan PMR 2012 telah mencapai tahap kelulusan 100%.
 
Kami kumpulan Sidang Pengarang Merakamkan sekalung tahniah kepada Warga pendidik yang berjaya memperkemaskan Ilmu kepada Pelajar.
 
 
 
Harapan besar Warga Kampung, kejayaan 2012 dimana Sek.Keb Sawah Bahru menduduki tempat ke 4 terbaik dalam Daerah Segamat akan terus dipertingkatkan.
 
 



PERTANDINGAN FUTSAL

Assalamualaikum , Salam Penghargaan kepada Warga Belia yang telah berjaya merancang dengan kepelbagaian program bakal berlangsung.
 
PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP
 
Kepada Semua Warga Kampung dijemput Menyertai pertandingan tersebut,di ingat semula hanya "Warganegara" sahaja yang dibenarkan menyertai.
 
 
 
Kami mengalu-alukan kepada Kumpulan Veteran menyertai dengan sekurang-kurangnya 1 Pasukan.
 
"BELIA PEMACU KEJAYAAN MALAYSIA"
 


 

LETAK JAWATAN

Assalamualaikum dan Salam Kesejahteraan.Kami mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung sawah bahru yang terus menyokong dan sentiasa memberikan pandangan agar segala pemasalahan rakyat dapat di majukan kepada pihak berwajib. 
Sebagai Manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan namun jika perbuatan berlarutan pasti mengundang pelbagai jawapan yang tanpa kepastian.“Masjid” adalah  instiutusi penyatuan Umat Islam dan jangan sekali terlintas mengilhamkan penipuan. 
Isu “Imam 2 Letak Jawatan” telah menjadi perbualan hangat dan tanpa jemu saban hari sebilangan besar penduduk memohon perkara tersebut dapat dipaparkan dilaman blog kampung dan dapat dimajukan kepada pihak bertanggungjawab. 
Sebagai Kumpulan pengarang yang beretika setiap apa juga paparan mempunyai fakta,bukti dan kebenaran dari individu terbabit.Dari sumber fakta sebenar Encik Mohd Rozi Bin daud telah lulus temuduga jawatan imam sebagaimana surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi daerah Segamat(PADS/PPMS/05/021).
 
LULUS TEMUDUGA IMAM

Keterangan beliau juga menyatakan telah menyandang jawatan sebagai Imam 2 selama 11 bulan tanpa menerima sebarang elaun sebagaimana Masjid Jamek kariah dalam Negeri Johor.Tuntutan beliau adalah sebagaimana peruntukkan diterima yang telah dipersetujui Pejabat Kadi Daerah Segamat.


 
 
Rata-rata penduduk menghargai tugasan dan kebertanggungjawab Encik Mohd Rozi yang telah lama berkhidmat di Masjid Jamek kampung Sawah Bahru dengan seawal permulaan mejawat Jawatan pembantu bilal dan sehingga dilantik sebagai Imam 2 bagi tujuan menggantikan perletakkan Jawatan imam 1 yang uzur (Hj Abd Rahman Bin Tarip).
 

 
 
Harapan besar Penduduk-Penduduk memohon agar pihak Pejabat Kadi Daerah Segamat dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor dapat menyelesaikan perkara tersebut.Dari pandangan Warga kampung pihak berwajib harus memandang dan menyelesaikan dengan secepat mungkin.Pelbagai persoalan dan jawapan yang ditafsirkan Warga Kampung Sawah Bahru namun penjelasan sebenar ialah dari individu-individu yang terbabit.
Secara keseluruhan warga kampung dan kumpulan sidang pengarang blog Kampung Sawah Bahru menyokong Encik Mohd Rozi Bin Daud selama perkhidmatan sebagai Imam 2 memandang beliau ialah Generasi pelapis yang berkelayakkan. 
Kami sedia membantu mana-mana pihak untuk penyelesaian isu tersebut agar dapat menghentikan sebarang sepkulasi yang bakal merosakkan reputasi pelbagai pihak.
 


"GEREK" SAY , MACAM NI LE

Seawal kata, kami mengucapkan Terima Kasih kepada pihak berwajib yang telah mendengar,memahami dan melaksanakan Tanggungjawab sebagaimana yang telah di amanahkan.
 
Diatas keperihatinan kami kumpulan sidang Pengarang terus akan membantu penduduk kampung untuk mengutarakan pelbagai masaalah yang mungkin diluar kotak pengetahuan pentadbir setempat.
 
 
 

Isu hangat yang pernah disiarkan kami telah direalisasikan dengan sempurna.kini penduduk di sekitar "POT DENGGI" menarik nafas lega.

SANTAI N SEMPOI

Salam keceriaan kepada Warga Kampung Sawah Bahru.
 
*** PENGUMUMAN ***
 
KEPADA SEMUA PENDUDUK KAMPUNG SAWAH BAHRU DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS
 
"PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT"
 
 

PROGRAM         :                  PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
TEMPAT             :                  PADANG FUTSAL KAMPUNG SAWAH BAHRU.
TARIKH/MASA   :                 16.MAC.2013 (Sabtu) BERMULA 2.00 Ptg  -  6.30 Ptg. 
Aturcara Majlis 
1.     PENYERAHAN KUNCI RUMAH PPRT UNTUK 3 ORANG PENERIMA,KAMPUNG SAWAH BAHRU. 
2.     PERASMIAN PADANG FUTSAL. 
3.     PENYAMPAIAN HADIAH PERLAWANAN FUTSAL TERTUTUP KG SAWAH BAHRU. 
 
JAMUAN
1.      MAKANAN. 
-          LONTONG
-          SATAY
-          KUIH
-          BUAH-BUAHAN 
2.      MINUMAN. 
-          AIR JAGUNG
-          SIRAP LIMAU
-          AIR MINERAL
*** ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR ***