KARNIVAL SUKAN S.K SAWAH BAHRU

Salam keceriaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan "sukaneka" yang telah dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Sawah Bahru sepertimana telah dirancang.
"rewang 2.7.13"

Dari tinjauan kami program tersebut telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan kerana kehadiran ibu bapa juga tidak ketinggalan Warga kampung.
bersama kita harmoni

Secara langsung "sukanekan 2013" telah melakarkan keharmornian warga kampung yang sanggup meluangkan masa bersama guru-guru dan Jawatankuasa PIBG.
 
 

Sekalung tahniah dihulurkan kepada Tuan Haji Rosdin (guru besar) bersama barisan guru-guru, Jawatankuasa PIBG dan tidak dilupakan Encik Rozi (YDP).
 
 


Walaupun S.K Sawah Bahru diantara S.K.M (sekolah kurang Murid) iaitu 31 pelajar namun semangat yang ditampilkan oleh pelajar-pelajar dan sokongan jitu dari warga pendidik dan warga kampung telah membuahkan kemeriahan diluar jangkauan.
 
kontijen biru
 
kontijen merah
- PERASMIAN
 
Haji Hashim Bin Daud
 
Dengan inisiatif pengelola majlis untuk memeriahkan lagi program telah menjemput pelajar-pelajar TABIKA kampung Sawah Bahru bersama dalam acara "kutip gula-gula".
 




 MEMANG RAMAI HADIRIN (grand le bro)

 
Jutaan terima kasih kepada "Persatuan Belia" telah memberikan    komitment baik sebagai "Jawatankuasa acara padang & Balapan".
 
 
 

Namun setiap permulaan pasti ada penghujung dan juga setiap permainan menang @ kalah telah menjadi ketentuan yang pasti "usaha" perlu berterusan.
 
Juara , Champion , 冠军 , चैंपियन , チャンピオン dan pelbagai bahasa hanya menang tetap Juara.
 
Kontijen Rumah Merah 'juara'
 
koleksi gambar