SAMBUTAN AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN

Salam keceriaan kepada warga kampung,Syawal terus berlalu dengan pelbagai gelagat namun dengan janji Maha Kuasa 2 orang insan telah kembali ke alam kekal bersama kita mendoakan kebaikkakan.

3 SYAWAL

10.08.2013 Sudah 3 hari Syawal berlalu.Warga kota yang pulang ke kampung menyambut lebaran telah mula kembali ke metropolitan.
Pelbagai adegan berlaku namun jangan lupa atau terlupa jika diantara sesama kita berselisih faham walau dari macam-macam perkara seharusnya bermaaf-maafan.

LUBANG PERANGKAP

Salam Aidilfitri kepada Warga kampung Sawah Bahru yang keriangan menyambut hari kemenangan.
Dalam kemeriahan pengguna jalan kampung ke batu 13 iaitu jambatan anak sungai mekik terdapat lubang mendapan tanah secara langsung bakal mengundang kecelakaan kepada penunggang motorsikal.

SALAM LEBARAN AIDILFITRI



Salam aidilfitri kepada semua Warga Kampung Sawah Bahru Yang hari ini telah menyambut hari kemenangan.
Sempena hari yang mulia kami kumpulan sidang pengarang blog memohon keampunan diatas apa jua kesalahan yang tidak disengajakan.
Warga kota yang pulang kedesa diharap memandu dengan penuh berhati-hati demi untuk keselamatan diri dan keluarga.