RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI

 
Salam kesinambungan kepada pihak bertanggungjawab dan dengan kesopanan juga kesusilaan.Dari penyiaran bertajuk "tranformasi jalan kampong" secara keseluruhan warga kampong mezahirkan jutaan terima kasih.

JALAN DITUTUP SEMENTARA


Salam pengumuman kepada penduduk dan pengguna jalan dari kampung menghubungkan ke jalan persekutuan (batu 13) Jalan Labis - Segamat.

TRANFORMASI JALAN KAMPUNG



Seawal kata  warga kampong mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berwajib terdiri dari agensi perlaksana projek iaitu Pejabat Daerah Segamat dan Yang Berhormat Kawasan Labis.

AKTIVITI SELEPAS BANJIR


Salam Perkhabaran Desa Permai , Mungkin bila diantara kita teringat kenangan lampau dengan aktiviti warga kampong selepas menghadapi banjir.

KAMPUNG DAH BANJIR

Salam kesejahteraan dan pengetahuan.Jam 12.00 tengahari sebahagian rumah yang berdekatan sungai telah dinaiki air (banjir).
Sehubungan itu mangsa diarah berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Sawah Bahru.

HUJAN MELEPASI TEMPOH 32 JAM


Salam Perhatian Kepada warga kampung yang berhampiran sungai dan saliran yang bakal mengalami banjir.Di minta agar sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga kerana tepat jam 12.00 malam 2.Dis.2013 hujan telah turun tanpa henti selama 32 jam.

Sehubungan itu Y.B Azahar Bin Ibrahim telah menyalurkan maklumat rujukkan kepada mangsa-mangsa banjir untuk berhubung pihak berwajib.:-

MUSIM CUTI PENGGAL AKHIR TAHUN BERMULA


Aduhai,,, Cuti persekolahan penggal akhir tahun sudah bermula dan tersangat nyata warga perantauan sudah mengambil peluang bercuti bersama keluarga dan tidak lari menjadi kelaziman akan mengahantar anak-anak pulang ke kampung.

SIAPA SANGKA PELAJAR SEK. KEB. JUARA KRIKET PERINGKAT NEGERI JOHOR




Mungkin ada diantara kurang percaya dan masih bertanya-tanya , apakah benar sebagaimana tajuk yang dipaparkan.
Hakikat nya itulah kenyataan dan termaktub telah terukir sejarah anak-anak sekolah pendalaman telah meraih kemenangan"Juara" kriket peringkat Negeri Johor.

Ucapan Sekalung tahniah kepada Guru yang terlibat , secara langung telah mengangkat nama sekolah pendalaman ketahap cemerlang.

SALAM MAAL HIJRAH 2013


Assalamualaikum dan Salam Kesejahteraan kepada Warga Kampung dan pengunjung setia blog.Hari terus berlalu dengan hitungan tepat dan tanpa atau disedari kita telah melalui pelbagai diperjalanan hidup.

BUAT HAL LAGI SAJ


Kalau dirasa memang cukup susah diperjelaskan , namun masih lagi tiada jalan penyelesian yang diambil oleh pihak Syarikat Air Johor.Bah pepatah Melayu "harapkan Pagar - Pagar Makan Padi" ungkapan yang teramat jelas kerana Kerajaan Negeri Johor telah menswastakan pengurusan air Negeri.
Kekerapan pembaikpulihan akan menjadikan peningkatan kos penyelengaraan dan secara langsung jika dihitung boleh menggantikan paip yang baru.Ini lah yang telah melanda anak-anak syarikat dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang sering mengalami kerugiaan kerana kos penyelenggaraan telah melebihi pendapatan,paling mudah kalau tiada penyelesaian pasti mengundang "bankrup".

DAH MUSIM HUJAN ,,,,,,, biasa le beb

kenangan banjir PRK 2011

mcm ni memang dahsyat bro

Aduhai sejuk nya ,,,,, apakan daya ni le rutin alam bagi penoreh tegar dan telah menjadi kebiasaan dan yang teramat jelas "musim tengkujuh" telah masuk jadualnya.

 Kepada warga kampung yang sudah bermula berjinak-jinak dengan gajet IT boleh mendapatkan info cuaca dari laman blog ini @ klik sini je.

SALAM LAMBAIAN LEBARAN



widgeo.net Assalamualaikum , Salam Aidiladha kepada warga kampong dan anak perantauan yang pulang.Telah diketahui umum keadaan lebuhraya pasti mengalami kesesakkan namun satu perkara yang harus di ingatkan "bersabar dan berwaspada".

MOHON PERHATIAN

Salam perhatian kepada individu-individu yang masih kurang faham dan memahami seharusnya memperkemas kini pandangan dengan kewarasan akan keadaan lokasi pembuangan sampah yang telah menjadi perbualan hangat.


Isu pembuangan sampah bersebelahan tapak Masjid lama telah dibangkitkan oleh "sinar harian" beberapa bulan lalu , namun sehingga kehari ini individu-individu tertentu masih membuang sampah dikawasan tersebut.

LABISHOP PIZZA

Perniagaan Nur Khawariz sebuah perniagaan on line mula bertapak di kampong Sawah Bahru dengan menjual pelbagai produk.Diatas sokongan pelanggan telah membuka permis perniagaan di A 20 Tingkat atas Terminal Bas & Teksi Labis.
Kini telah mengembangkan perniagaan dalam bidang pembuatan (makanan) italiano dengan "citarasa variasi asia".
labishop Pizza kini telah menerokai jualan sekitar Daerah segamat , sebarang pertanyaan boleh melayari sesawang


PROGRAM ANAK ANGKAT PELAJAR-PELAJAR IPGKTHO (Batu Pahat)

Assalamulaikum dan Salam Kesejahteraan Kepada semua warga kampung dan tidak ketinggalan kepada yang berusaha menjayakan program yang julung kali memberikan impak besar dan secara langsung menjadi detik sejarah buat Kampung Sawah Bahru.
Bermula dengan penuh keceriaan dan berakhir dengan kesyahduaan,biarpun hanya seketika namun sebahagian keluarga angkat pelajar-pelajar Instiutut perguruan Tun Hussien Onn rasa erti kemesraan penduduk-penduduk kampung bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

SAMBUTAN AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN

Salam keceriaan kepada warga kampung,Syawal terus berlalu dengan pelbagai gelagat namun dengan janji Maha Kuasa 2 orang insan telah kembali ke alam kekal bersama kita mendoakan kebaikkakan.

3 SYAWAL

10.08.2013 Sudah 3 hari Syawal berlalu.Warga kota yang pulang ke kampung menyambut lebaran telah mula kembali ke metropolitan.
Pelbagai adegan berlaku namun jangan lupa atau terlupa jika diantara sesama kita berselisih faham walau dari macam-macam perkara seharusnya bermaaf-maafan.

LUBANG PERANGKAP

Salam Aidilfitri kepada Warga kampung Sawah Bahru yang keriangan menyambut hari kemenangan.
Dalam kemeriahan pengguna jalan kampung ke batu 13 iaitu jambatan anak sungai mekik terdapat lubang mendapan tanah secara langsung bakal mengundang kecelakaan kepada penunggang motorsikal.

SALAM LEBARAN AIDILFITRI



Salam aidilfitri kepada semua Warga Kampung Sawah Bahru Yang hari ini telah menyambut hari kemenangan.
Sempena hari yang mulia kami kumpulan sidang pengarang blog memohon keampunan diatas apa jua kesalahan yang tidak disengajakan.
Warga kota yang pulang kedesa diharap memandu dengan penuh berhati-hati demi untuk keselamatan diri dan keluarga.


KARNIVAL SUKAN S.K SAWAH BAHRU

Salam keceriaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan "sukaneka" yang telah dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Sawah Bahru sepertimana telah dirancang.
"rewang 2.7.13"

Dari tinjauan kami program tersebut telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan kerana kehadiran ibu bapa juga tidak ketinggalan Warga kampung.
bersama kita harmoni

Secara langsung "sukanekan 2013" telah melakarkan keharmornian warga kampung yang sanggup meluangkan masa bersama guru-guru dan Jawatankuasa PIBG.
 
 

Sekalung tahniah dihulurkan kepada Tuan Haji Rosdin (guru besar) bersama barisan guru-guru, Jawatankuasa PIBG dan tidak dilupakan Encik Rozi (YDP).
 
 


Walaupun S.K Sawah Bahru diantara S.K.M (sekolah kurang Murid) iaitu 31 pelajar namun semangat yang ditampilkan oleh pelajar-pelajar dan sokongan jitu dari warga pendidik dan warga kampung telah membuahkan kemeriahan diluar jangkauan.
 
kontijen biru
 
kontijen merah
- PERASMIAN
 
Haji Hashim Bin Daud
 
Dengan inisiatif pengelola majlis untuk memeriahkan lagi program telah menjemput pelajar-pelajar TABIKA kampung Sawah Bahru bersama dalam acara "kutip gula-gula".
 




 MEMANG RAMAI HADIRIN (grand le bro)

 
Jutaan terima kasih kepada "Persatuan Belia" telah memberikan    komitment baik sebagai "Jawatankuasa acara padang & Balapan".
 
 
 

Namun setiap permulaan pasti ada penghujung dan juga setiap permainan menang @ kalah telah menjadi ketentuan yang pasti "usaha" perlu berterusan.
 
Juara , Champion , 冠军 , चैंपियन , チャンピオン dan pelbagai bahasa hanya menang tetap Juara.
 
Kontijen Rumah Merah 'juara'
 
koleksi gambar
 


 
 
 

 


 
 
 


SUKANEKA SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH BAHRU

*** PENGUMUMAN ***
 
 
Salam pengumuman kepada Warga Kampung Sawah bahru , untuk pengetahuan SUKANEKA akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Sawah Bahru akan mengadakan acara tersebut :
 
Tarikah    3.July.2013
Hari         Rabu (8.00 pagi)
 
 
Kehadiran Ibu Bapa dan Penduduk dialu-alukan.
 
 




PENYAMUN TERPERANGKAP

31.March.2013 Jam 4.30 pagi , secara keseluruhan penduduk kampung sawah bahru dikejutkan dengan bunyi "siren kereta Polis" dan bunyi "deruman kereta" sangat kuat.
 
dari johor bahru tersungkur di kampung sawah bahru

Daripada kejadian kejer mengejar diantara polis dan kenderaan tersebut maka telah berlaku kemalangan diselekoh rumah "Abby".Pihak polis telah melepaskan "satu das tembakkan" dan telah menangkap dua orang penjenyah,dua orang lagi telah lolos melarikan diri dibelukar "paya mekik" iaitu berbangsa india.
 
"ENCIK ABBY"
 


Menurut keterangan polis,penjenayah tersebut telah melakukan "samun" disekitar Johor Bahru dan telah dikejar sehingga ke KAMPUNG SAWAH BAHRU.Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang membantu pihak polis menangkap penjenayah.
 
PENDUDUK KAMPUNG BERSAMA POLIS
Seorang penjenayah telah ditangkap oleh orang ramai disekitar Kampung pekan air panas kira-kira jam 9.00 pagi,syabas warga kampung yang memang sanggup membantu pihak berkuasa dalam menangani "isu jenayah".
 
ramai hero-hero kampung
 
koleksi gambar-gambar waktu jam 4.30 pagi.
 
 

 

 




KENAIKKAN HARGA BAJA DAN RACUN RUMPAI


Warga pekebun kecil semakin bingung dan hairan juga terus terhimpit dengan kenaikkan harga barangan pertanian seperti Baja , Racun rumpai  dan Benih Kelapa sawit juga benih Getah.Secara rutin pekebun wajib menggunakan baja dan racun rumpai sebagai keperluan asas dalam sektor pertanian.

Kejatuhan Harga Komiditi seperti getah dan kelapa sawit menjadi faktor utama dan secara langsung telah menyukarkan pekebun-pekebun kecil membeli keperluan asas pertanian.Berulang kali secara jelas tunjang ekonomi Malaysia sejak atau sebelum kemerdekaan dari hasil pertanian iaitu getah yang telah mendominasi ekonomi Negara.

Keluhan demi keluhan terus dimajukan kepada pihak berwajib namun sehingga kehari ini Warga pekebun kecil berasa “Seperti anjing menyalak bukit”.Keutuhan penyokong BN dari warga pekebun pasti akan hakis jika Kerajaan pemerintah tidak mengambil sebarang inisiatif untuk memantau harga baja , racun dan keperluan lain untuk keperluan Pekebun.
racun rumpai

Harga racun rumpai jenis serapan sebagai contoh jenama ecomax harga pada tahun 2012 RM 45.00/ (4 litre) , Febuari 2013 telah naik kepada RM 55.00/(4litre) dan selepas PRU 13 lalu pekebun-pekebun kecil hairan kerana harga terus meningkat RM 65.00/(4 liter).Siapa yang harus bertanggungjawab diatas kenaikkan harga tersebut dan apakah Kementerian Pertanian tidak sedar atau memang tidak mempunyai kuasa untuk memantau.
 
 
Harus kita semua berfikir secara rasional dalam masa terdekat pasti akan berlaku kenaikkan harga sayur dan barangan keperluan harian yang berasas pertanian.Segalanya kita tengok dan fikirkan agar kehidupan harian kita mampu menampung dengan pendapatan.

RAGAM CUTI PENGGAL SEKOLAH


24.Mei.2013 lalu cuti penggal sekolah telah bermula.Kesunyian kampung telah mula dirasai kemeriahan , pelbagai aktiviti anak-anak dilakukan.Jalan-jalan dan lorong kawasan perumahan dihiasi dengan aktiviti permainan dan ada diantaranya yang mencuba mempelajari menungang motorsikal dan berbasikal.

Warga-warga kota mula membanjiri kampung dan suasana keriangan jelas dapat digambarkan.Majlis-majlis perkhawinan dan kenduri kendara terus berlangsung mengambil kesempatan dihari cuti penggal persekolahan.

Tidak dinafikan berlaku pelbagai pekara yang disering terjadi diantaranya “kemalangan kecil” pasti terjadi dimana sebuah motorsikal telah merempuh MPV naza.Tinjauan kejadian tersebut berpunca dari pokok bunga yang menghalang penglihatan pengguna dipersimpangan tersebut.
 
 

Kepada pemilik-pemilik rumah yang berada dipersimpangan jalan seharusnya bersikap prihatin agar dan tidak menanam sebarang pokok yang bakal menghalang penglihatan pengguna-pengguna keluar dari persimpangan.

 
Kepada pengguna kenderaan diminta memperlahankan kenderaan anda ketika berada dijalan persekitaran kawasan perumahan secara langsung dapat mengurangkan sebarang kejadian yang tidak diingini.