MOHON PERHATIAN

Salam perhatian kepada individu-individu yang masih kurang faham dan memahami seharusnya memperkemas kini pandangan dengan kewarasan akan keadaan lokasi pembuangan sampah yang telah menjadi perbualan hangat.


Isu pembuangan sampah bersebelahan tapak Masjid lama telah dibangkitkan oleh "sinar harian" beberapa bulan lalu , namun sehingga kehari ini individu-individu tertentu masih membuang sampah dikawasan tersebut.
Hari terus berlalu dan isu terus didebat , dibincang dan pelbagai cadangan telah diutarakan dilaman social "facebook".Dengan kebertanggungjawab kami terus mendengar pelbagai aduan dari pelbagai pihak diantaranya , Tabika (kemas) yang bersebelahan "tempat pembuangan haram" tersebut.

Keadaan ini bakal mengundang udara yang "kurang enak" kepada pelajar-pelajar Tabika (kemas) dan secara langsung individu-individu yang tidak bertanggungjawab langsung dan tidak memikirkan persekitaran.
Sehubungan itu penduduk rasa kecewa kerana sikap individu yang tidak bertanggungjawab telah merosakkan persekitaran kawasan masjid lama.Dari tinjauan kami amat jelas sesiapa yang melakukan pembuangan sampah sudah pasti tidak menghormati "Tapak Rumah ALLAH".



Secara umum penduduk mengharapkan pihak berwajib "Pejabat Daerah" dapat mendirikan "papan kenyataan" dimana melarang sesiapa juga membuang sampah dan dikenakan tindakkan undang-undang juga compound kepada individu yang melakukan.
Besar harapan Warga Kampung Sawah Bahru agar Isu ini dapat perhatian dan segera diselesaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog