DAH MUSIM HUJAN ,,,,,,, biasa le beb

kenangan banjir PRK 2011

mcm ni memang dahsyat bro

Aduhai sejuk nya ,,,,, apakan daya ni le rutin alam bagi penoreh tegar dan telah menjadi kebiasaan dan yang teramat jelas "musim tengkujuh" telah masuk jadualnya.

 Kepada warga kampung yang sudah bermula berjinak-jinak dengan gajet IT boleh mendapatkan info cuaca dari laman blog ini @ klik sini je.


Apa juga yang telah berlaku itu adalah perjalanan yang telah ditentukan dan sebagai penoreh getah yang tegar seharusnya persediaan telah rangkakan seawalnya.

Ini Sebagai cuti tahunan kepada warga penoreh dan perlu mencari kerja sampingan dimusim tengkujuh seperti memancing , memasang lukah 'bubu' , menjaring ikan dan pelbagai aktiviti yang bermanafaat yang mampu dilakukan.

Kepada rumah-rumah yang berhampiran dengan saliran iaitu sungai atau anak air diminta terus berjaga-jaga dan memastikan keadaan paras air dalam keadaan yang selamat.

Jika berlaku keadaan yang membahayakan itu "banjir" penduduk harus berpindah terus ke Sekolah Kebangsaan Sawah Bahru.Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus kepada JKKK kampung sawah bahru untuk keterangan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog