SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH BAHRU JUARA OLAHRAGA


(ULASAN BERITA HARIAN Khamis 9.Ogos.1979/16.Ramahdan 1399)
SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH BAHRU JUARA OLAHRAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH BAHRU LABIS menjadi juara kejohanan keluarga Temasya Sukan Sekolah-Sekolah Gabungan Tenang yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas, Labis baru-baru ini. Sekolah-sekolah yang bergabung ialah Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas, Sekolah Kebangsaan Tenang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Kampung Tenang. Sekolah Sawah Baru juga berjaya menjadi johan dalam lari merentas desa yang disertai oleh murid-murid darjah lima dan enam Sekolah-Sekolah Gabungan Tenang.Jurulatih Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, Cikgu Saadon Abdullah bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh murid-muridnya.“Murid-murid kami sungguh bersemangat dan tahan lasak”, katanya. “Kami berharap bila di sekolah menengah nanti, mereka akan terus menyambung kegiatan ini lagi”, kata Cikgu Saadon lagi.Penolong Pegawai Daerah Kecil Labis telah merasmikan kejohanan tersebut.*Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sawah Baru yang telah menganbil bahagian dalam acara olahraga berjaya menjadi juara bila mereka mengalahkan beberapa buah sekolah lain.Gambar oleh Saeril Sahlan & SALAM Aidilfitri.
Sumbangan Gambar : Samsuli Ibrahim.
Paparan Sejarah adalah aset terpenting kepada generasi mendatang dan kami (Sidang Pengarang) menjemput Warga Kampung Sawah Bahru menyumbang Penulisan dan Sebagainya untuk dijadikan rujukkan Umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog