PROGRAM ANAK ANGKAT PELAJAR-PELAJAR IPGKTHO (Batu Pahat)

Assalamulaikum dan Salam Kesejahteraan Kepada semua warga kampung dan tidak ketinggalan kepada yang berusaha menjayakan program yang julung kali memberikan impak besar dan secara langsung menjadi detik sejarah buat Kampung Sawah Bahru.
Bermula dengan penuh keceriaan dan berakhir dengan kesyahduaan,biarpun hanya seketika namun sebahagian keluarga angkat pelajar-pelajar Instiutut perguruan Tun Hussien Onn rasa erti kemesraan penduduk-penduduk kampung bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
Diantara program-program yang dijayakan bersama :-
1. Motivasi murid-murid SK Sawah Bahru
2. Sambutan Bulan Kemerdekaan
3. Kembara Sosial
4. Pertandingan Futsal
5. Pertandingan Bola Jaring
6. Sambutan Hari Raya dan Malam Persembahan
7. Senamrobik
8. Sukaneka
Semua program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang cukup membanggakan dari penduduk kampung segenap lapisan.Teramat jelas warga kampung meluangkan masa menyambut baik kehadiran tetamu yang berkunjung selama 3 hari 2 malam.
sambutan hari kemerdekaan

koleksi gambar dari 30.ogos 2013m - 1.sept. 2013



















Kami mengucapkan sekalung dan jutaan tahniah kepada semua yang menjayakan dan telah memberikan komitmen terbaik untuk kita bersama menjalinkan silaturahim.

*** kepada individu yang ingin menyumbangkan gambar program tersebut boleh email kepada kami untuk dipaparkan di Blog kampung sawah Bahru.

1 ulasan:

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog