RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI

 
Salam kesinambungan kepada pihak bertanggungjawab dan dengan kesopanan juga kesusilaan.Dari penyiaran bertajuk "tranformasi jalan kampong" secara keseluruhan warga kampong mezahirkan jutaan terima kasih.
 
Namun apabila Syarikat pengusaha 'korek pasir' beroperasi semula , dari pandangan pengadu dan secara umum penduduk kampong telah membuat aduan berlaku kerosakkan jalan yang baru dinaik taraf di kilometre 1.1 berdekatan (pusat pembelian kelapa sawit) AB Malik Sdn. Bhd.
 
Dari tinjauan kami keadaan jalan yang mengalami kerosakkan itu ditahap yang sungguh kritikal dan secara langsung bakal mengundang kecelakaan kepada pengguna-pengguna.
 
 
 Dari pandangan penduduk kerosakkan jalan tersebut disebabkan beberapa factor diantaranya :-
1. Muatan lori pasir berlebihan.
2. Sistem perparitan tiada.
3. Struktur bawah turapan tanpa batu gasaran.
 


Harapan besar penduduk dan secara umum pengguna agar pihak berwajib dapat memulihkan semula kerosakkan tersebut agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak di ingini.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog