KAMPUNG DAH BANJIR

Salam kesejahteraan dan pengetahuan.Jam 12.00 tengahari sebahagian rumah yang berdekatan sungai telah dinaiki air (banjir).
Sehubungan itu mangsa diarah berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Sawah Bahru.


Kepada Mangsa banjir diingatkan agar segera menyelamatkan dokumen penting dan pastikan mematikan suis utama bekalan elektrik.
Kepada ibu bapa dan penjaga pastikan anak-anak tidak bermain di kawasan banjir.
Kepada JKKK seharusnya membantu mangsa ya dalam kesulitan.


##### info semasa #####

Jam 19.00     - keadaan paras air masih dalam keadaan berbahaya. 

 kami akan terus memberikan sumber informasi dari masa ke semasa.
Jam 22.00   - Paras air sungai menurun , namun penduduk yang rumah berpontensi banjir diminta terus berwaspada dan peka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog