MUSIM CUTI PENGGAL AKHIR TAHUN BERMULA


Aduhai,,, Cuti persekolahan penggal akhir tahun sudah bermula dan tersangat nyata warga perantauan sudah mengambil peluang bercuti bersama keluarga dan tidak lari menjadi kelaziman akan mengahantar anak-anak pulang ke kampung.
Kesibukkan sepanjang tahun juga telah ada penghujungnya dan warga kampung juga mula mengambil cuti tahun kerana kitaran cuaca tidak mengizin untuk menunaikan tugasan harian (menoreh).

Perlu di ingatkan kepada ibu bapa/penjaga agar tidak membenarkan anak-anak membuat sebarang aktiviti di sungai.Telah kita ketahui penghujung tahun adalah jadual taburan hujan yang banyak dan kebarangkalian berlaku banjir.

Kami mengucapkan selamat bercuti , semoga dalam keceriaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog