PEMBELIAN PERALATAN SEKOLAH 2013


HARI PEMBELIAN PERALATAN SEKOLAH
 
Dah lama anak-anak bersantai je lepak dengan pelbagai peranti yang boleh melayari internet.
 
Kini telah bermula persekolahan Di SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH BAHRU,LABIS JOHOR DARUL TAKZIM.
 
 
Saya sempat berbual dengan Guru Besar Encik Nasrudin dan beliau telah memberi kebenaran untuk mengambil gambar-gambar di persekitaran Sekolah.


FLYING OVER BERBAHAYA

*** PENGUMUMAN ***
Kepada penguna-pengguna Sejati jalan ke Pinggir/Fel.Redong 1/Padang Kerbau yang menggunakan jambatan sementara.
Terdapat Runtuhan tebing dan struktur kayu yang mereput.
 


 



RUMAH LAMA (otai)

 
Ramai dikalangan Generasi Muda Kini Kurang Mengetahui akan Sejarah terawal kampung.
Kami akan cuba mengumpul fakta sejarah dan akan menyiarkan diantara peninggalan untuk pengetahuan Generasi mendatang.
Harapan kami agar ada diantara penduduk yang sudi untuk berkongsi fakta sejarah untuk paparan umum.
 
RUMAH SEBELUM PENJAJAHAN BRITISH MASIH DIDIAMI.
 


KELAS JAHITAN MANIK

KAMI MENAWARKAN PELBAGAI CORAK TARBARU
 



 
SEBARANG PERTANYAAN/TEMPAHAN
 
 

KELAS JAHITAN MANIK

PELBAGAI CORAK DAN MOTIF.
 
 
 
 



 
Sebarang pertanyaan:

BERSAMA MEMBASMI KECURIAN

ASSALAMUALAIKUM  dan Salam keceriaan kepada Warga Kampung Sawah Baru. 
 
 
Isu kecurian hasil pertanian telah menjadi rutin dikalangan penduduk kampung namun demikian Harus di ingatkan kepada GENERASI MUDA perlu ada usaha pencegahan.
 
Baru beberapa minggu lalu kami menerima aduan kecurian "segerap" telah berlaku di sekitar kejiranan 'JALAN KE BATU 13'.
 
Dari keterangan saksi kejadian telah menyatakan "warga indon" dengan menaiki motor "suzuki best" yang telah agak buruk tanpa lampu dan anggaran kejadian lingkungan 2 pagi - 4 pagi.
 
Sehubungan itu perlu di ingatkan jika sesiapa yang menjumpai sepertimana keterangan menghubungi rakan-rakan berwajib untuk kita bersama mematahkan kaki dan tangan perompak.





^^^^ AMARAN KERAS-SEKERASNYA ^^^^

BERSAMA MENJAGA KESELAMATAN KAMPUNG DAN JUGA POKET WARGA KAMPUNG SAWAH BARU.

PERKHAWINAN ZALEHA ('Mak We') & HASSAN

23.DISEMBER.2012
Alhamdulillah, "Maka menangis le grombolan 'Syaitan' kerana terijabkabul diantara adam dan hawa" dan terbina sebuah masjid kebahagiaan.

(gambar pasangan belum dapat diberikkan)











Sidang Pengarang  mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" semoga kebahagian kekal.


"WEDDING SPECIAL KAMPUNG SAWAH BARU"

JALAN "SUNGAI LAU" TERSANGAT TERUK

Ramai betul yang merunggut pasal jalan ke kebun-kebun 'sungai lau' lokasi yang mudah difahami selepas Pusat Penggumpulan Getah (PMG) Mohammed Bin Ali (mat gobek) telah mengalami kerosakkan teramat menyukarkan pengguna-pengguna jalan tersebut.

 
Kepada pekebun-pekebun kecil yang tegar diminta berhati-hati semasa menggunakan laluan super cross ini.
*** PAPARAN PEMASALAHAN DALAM BLOG ADALAH SEBAGAI BAHAN RUJUKKAN KEPADA PIHAK YANG BERWAJIB DAN SECARA LANGSUNG AKAN MENJADIKAN SATU LANDASAN PENYELESAIAN ***
(SELAMAT BERAMAL)
 
 
*** Kami membuka ruang Komentar kepada pelayar-pelayar Blog ***

TERTINGGAL DAN KETINGGALAN TEKNOLOGI


Salam pengetahuan untuk pembaca setia blog http://kgsawahbahru.blogspot.com

Bila memperkatakan teknologi pasti perkara mengiurkan generasi muda kerana medium perhubungan yang paling murah dan efektif.Banyak dan memang terlalu banyak sumber ilmu tersedia di dunia syber tapi dan telah lama dirasai di metropolitan.
Bagi penduduk kampong sawah baru dunia teknologi informasi (internet) hanya satu bayangan yang sekian lama di impikan.PRK 2011 telah menyempurnakan impian penduduk dengan adanya menara WIFI percuma untuk pengguna kampung tapi payah untuk diperkatakan.
Wifi kampong sawah baru kini telah mengalami kerosakkan sudah hampir 2 bulan dan sehingga ke hari ini masih lagi tidak diperbaiki dan rasa-rasa nya masih belum ada pengaduan dari pentadbiaran kampong.
Pada bulan November lalu ramai berasa lega kerana projek pembinaan tapak pemancar baru di perkarangan padang sekolah kebangsaan kampong sawah baru telah bermula dan di pertengahan bulan disember siap sepenuhnya tapi penduduk masih menjadi tanda Tanya pemilik pemancar tersebut.
Macam dan bagaimana nak bertanya milik siapa pemancar tersebut????bial bertanya tok K.K jawabnya….entah ler tapi bulanan RM 30 +++++ tapi adakah milik TM, Celcom,Maxis atau digi atau peruntukkan khas sekolah SKSB.
Memang tertinggal dan ketinggalan penduduk kampong dengan arus pembangunan teknologi internet.Pelajar-pelajar sekolah juga telah kehilangan banyak sumber ilmu berbanding kampong yang mempunyai liputan internet.
Dengan adanya wifi kampong secara percuma memang diakui telah menjadikan malam dikawasan sekitar pemancar jadi tumpuan ramai pelayar-pelayar internet dengan hand phone,net book dan note book.Kini setelah wifi mengalami kerosakkan hampir 2 bulan kawasan pemancar telah sunyi.
Generasi muda telah mula dengan adegan “rempit kembali” dan warga emas mula merasai gusar dengan perbuatan itu.

 

 

KELAS JAHITAN MANIK

Salam 1 Malaysia kepada yang berminat

SOKONGAN KELAS  :  PERKUMPULAN WANITA PEKEBUN KECIL/RISDA (PWPK) KAMPUNG SAWAH BARU,LABIS JOHOR DARUL TAKZIM.

-          YURAN UNTUK WARGA KAMPUNG SAWAH BARU RM 1.00 / KEHADIRAN.

-          YURAN UNTUK PENDUDUK LUAR KAMPUNG  RM 5.00 / KEHADIRAN.
 

*** PERALATAN PEMBELAJARAN ADALAH DITANGGUNG SENDIRI ***

 

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI : - 

 

PUAN ROSLINA BINTI RAHIM   012-7212305

BANJIR OH BANJIR


“Banjir Oh Banjir” itu telah menjadi rutin musim di penghujung tahun dalam calendar “orang Putih”,bila sampai waktu dan ketika pasti penduduk merasa sedikit tertekan.Sebagai manusia yang beriman kita harus bersyukur dan redha akan ketentuan perjalanan kehidupan dan segala apa yang dipersembahkan di bumi ini adalah sebagai panduan dan petunjuk ‘kekuasaan’ Maha Kuasa.

Bagi golongan yang mempunyai tanggungan anak persekolahan memang diakui cuaca yang lembab telah melebabkan poket untuk menampung kos pembelajaran anak-anak.Sebagai penoreh tegar tidak dinafikan di musim tengkujuh pendapatan meruncing tapi apa kan daya itu telah menjadi ‘asam garam’.

Rasanya sudah hampir 2 bulan hujan telah bersulam kecerahan cuaca,bila pagi cerah pasti petang atau malam dibasahi hujan dan bila pula pagi atau petang hujan nampaknya malam diterangi bulan dan bintang di awan tapi penoreh tetap kebergantungan pada keadaan pokok getah kalau batang poko basah pasti MC dapat dilanjut tarikh.

Tak dilupakan pula penduduk yang rumah kediaman berhampiran sungai dan saliran yang mudah dinaiki air pasti kegusaran menjadi tajuk penting dikotak pemikiran.Paras air sungai dan taburan hujan menjadi panduan untuk persediaan berpindah namun apa yang menjadi kepentingan umum ialah pentadbiran JKKK yang sudah bersedia untuk menyambut kedatangan “banjir oh banjir”.

Rata-rata penduduk yang mengalami banjir rasa kurang berpuas hati dengan ‘jawatankuasa banjir’ langsung tidak menjalankan tugas sebagaimana dipertanggungjawab oleh Kerajaan.Dimanakah pengaduan yang benar-benar mempunyai pembelaan, apakah harus mempersalahkan “politik”,rasa-rasanya kesalahan itu hanya kepada individu yang bertanggungjawab.

Banjir 2011 yang lalu telah memperlihat kerosakkan harta benda awam dan mangsa banjir tidak terbela sehingga ke hari ini,namun pentadbir kampong masih boleh berfoya-foya dan jari terus menuding tanpa arah,diantara kerosakkan awam ialah Dewan dan Jambatan.Sebagai manusia kita harus faham dan memahami Jawatan dan kerja yang dipertanggungjawabkan,buka semula lembaran ISLAM dan itulah panduan jelas untuk menerajui dengan berhemah.

Di Dunia kita mampu menjelaskan apa juga biarpun pembohongan diutamakan, namun bila kembali sebenar ajaran ISLAM sukar untuk berkata dan memperkatakan kerana hanya kebenaran diperjelaskan.

 

Chief editor hackesmy@gmail.com by www.empayarbemuda.com.my

PADANG FUTSAL


Dengan nada kata permulaan, ASSALAMUALAIKUM kepada pembaca setia blog.
Ramai ketahui padang futsal adalah diantara tuntutan utama belia kampong dalam PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG.Setelah berlalu 1 tahun dan 10 bulan lalu baru muncul kelibat pembinaan Padang Futsal yang dijanjikan.
Pelbagai andaian dan cemuhan dari penduduk kerana kelewataan pembinaan tersebut tapi paling menyedihkan Y.B DUN Tenang kerana dipertanggungjawab atas janji yang ditaburkan jentera PRK tapi peruntukan entah dimana.Apa juga memang dah tanggungjawab Wakil Rakyat untuk memenuhi janji-janji PRK lalu.
Kini Belia dan penduduk menarik nafas lega,Janji yang ditaburkan itu menjadi kenyataan.Rata-rata belia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang berwajib yang telah menjayakan.


22.dec.2012 80% progress

DALAM PEMBINAAN (70%)
 

 

 Chief editor   :     hackesmy@gmail.com