TERTINGGAL DAN KETINGGALAN TEKNOLOGI


Salam pengetahuan untuk pembaca setia blog http://kgsawahbahru.blogspot.com

Bila memperkatakan teknologi pasti perkara mengiurkan generasi muda kerana medium perhubungan yang paling murah dan efektif.Banyak dan memang terlalu banyak sumber ilmu tersedia di dunia syber tapi dan telah lama dirasai di metropolitan.
Bagi penduduk kampong sawah baru dunia teknologi informasi (internet) hanya satu bayangan yang sekian lama di impikan.PRK 2011 telah menyempurnakan impian penduduk dengan adanya menara WIFI percuma untuk pengguna kampung tapi payah untuk diperkatakan.
Wifi kampong sawah baru kini telah mengalami kerosakkan sudah hampir 2 bulan dan sehingga ke hari ini masih lagi tidak diperbaiki dan rasa-rasa nya masih belum ada pengaduan dari pentadbiaran kampong.
Pada bulan November lalu ramai berasa lega kerana projek pembinaan tapak pemancar baru di perkarangan padang sekolah kebangsaan kampong sawah baru telah bermula dan di pertengahan bulan disember siap sepenuhnya tapi penduduk masih menjadi tanda Tanya pemilik pemancar tersebut.
Macam dan bagaimana nak bertanya milik siapa pemancar tersebut????bial bertanya tok K.K jawabnya….entah ler tapi bulanan RM 30 +++++ tapi adakah milik TM, Celcom,Maxis atau digi atau peruntukkan khas sekolah SKSB.
Memang tertinggal dan ketinggalan penduduk kampong dengan arus pembangunan teknologi internet.Pelajar-pelajar sekolah juga telah kehilangan banyak sumber ilmu berbanding kampong yang mempunyai liputan internet.
Dengan adanya wifi kampong secara percuma memang diakui telah menjadikan malam dikawasan sekitar pemancar jadi tumpuan ramai pelayar-pelayar internet dengan hand phone,net book dan note book.Kini setelah wifi mengalami kerosakkan hampir 2 bulan kawasan pemancar telah sunyi.
Generasi muda telah mula dengan adegan “rempit kembali” dan warga emas mula merasai gusar dengan perbuatan itu.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog