Warga pekebun kecil semakin bingung dan hairan juga terus
terhimpit dengan kenaikkan harga barangan pertanian seperti Baja , Racun rumpai dan Benih Kelapa sawit juga benih Getah.Secara
rutin pekebun wajib menggunakan baja dan racun rumpai sebagai keperluan asas
dalam sektor pertanian.
Kejatuhan Harga Komiditi seperti getah dan kelapa sawit
menjadi faktor utama dan secara langsung telah menyukarkan pekebun-pekebun
kecil membeli keperluan asas pertanian.Berulang kali secara jelas tunjang
ekonomi Malaysia sejak atau sebelum kemerdekaan dari hasil pertanian iaitu
getah yang telah mendominasi ekonomi Negara.
Keluhan demi keluhan terus dimajukan kepada pihak berwajib
namun sehingga kehari ini Warga pekebun kecil berasa “Seperti anjing menyalak bukit”.Keutuhan penyokong BN dari warga
pekebun pasti akan hakis jika Kerajaan pemerintah tidak mengambil sebarang
inisiatif untuk memantau harga baja , racun dan keperluan lain untuk keperluan
Pekebun.
Harga racun rumpai jenis serapan sebagai contoh jenama ecomax
harga pada tahun 2012 RM 45.00/ (4 litre) , Febuari 2013 telah naik kepada RM
55.00/(4litre) dan selepas PRU 13 lalu pekebun-pekebun kecil hairan kerana
harga terus meningkat RM 65.00/(4 liter).Siapa yang harus bertanggungjawab
diatas kenaikkan harga tersebut dan apakah Kementerian Pertanian tidak sedar
atau memang tidak mempunyai kuasa untuk memantau.
Harus kita semua berfikir secara rasional dalam masa terdekat
pasti akan berlaku kenaikkan harga sayur dan barangan keperluan harian yang
berasas pertanian.Segalanya kita tengok dan fikirkan agar kehidupan harian kita
mampu menampung dengan pendapatan.