AKTIVITI SELEPAS BANJIR


Salam Perkhabaran Desa Permai , Mungkin bila diantara kita teringat kenangan lampau dengan aktiviti warga kampong selepas menghadapi banjir.

Fenomena banjir yang berlaku ditahap terkawal dan hanya beberapa buah rumah mengalami kekerapan dinaiki air.Faktor utama rumah yang mengalami kekerapan dinaiki air berpunca dari saliran kurang kelancaran.
Jom kita cerita pulak aktiviti warga kampong selepas banjir , diantaranya sudah pasti menjaring ikan , memancing dan paling seronok anak-anak mandi manda di sungai.tanpa berlengah tebing-tebing sungai telah dihuni pemancing-pemancing tegar mencuba nasib. 

Apabila keadaan sungai segamat senak dipenuhi air (merewang) memang habitat ikan akan ke hulu sungai.
Keadaan sungai sekarang jauh berbeza dari fizikal , sungai telah beberapa kali telah di luruskan dan di lebarkan , keadaan arus memang berbahaya jika paras air melebihi 2 meter dari dasar sungai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog