MASJID KINI
ASSALAMUALAIKUM KEPADA PELAYAR BLOG.
Kami kumpulan Sidang Pengarang untuk pertama kali Mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Pengerusi Masjid Jamek Kampung Sawah Baru (En.Anuar Bin Atan) dan Barisan Jawatankuasa kerana telah berjaya dalam mentranformasi dengan penuh keceriaan.
MASJID KAMPUNG SAWAH BERJAYA MENDAPAT PUJIAN DARI HADIRIN YANG BERKUNJUNG
^^^ PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN TERBAIK TAHUN 2012 ^^^
### SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ###
*** KEIKHLASAN PENTADBIRAN DAN TERSERLAH KEINDAHAN SEBENAR ***
MASJID TERAWAL
Tapak Masjid terawal kampong sawah baru berada di kawasan
perkuburan awal (hilir kampong) dan ianya juga adalah kawasan penempatan
TERAWAL .Penduduk awal menggunakan penggangkutan air untuk membeli barang
keperluan harian ke Segamat.Secara umum kita ketahui cara perdagangan urusniaga
menggunakan sistem tukaran barang(sistem bata).Kebergantungan pendapatan ialah
sumber pertanian seperti Padi,Buah-buahan,getah dan pelbagai lagi sumber
pertanian didagangkan untuk pertukaran barang keperluan harian.
Paparan Sejarah kampong bertujuan untuk generasi muda mengetahui
dan dapat dibukukan sebagai panduan dan rujukan untuk dijadikan sumber
pengetahuan generasi mendatang.
Kami bersyukur kerana masih ada warga emas yang masih lagi
mengetahui sebahagian sejarah penempatan awal dan panduan ini akan dapat
diwarisi berkekalan.
*****Jika paparan sejarah ada percanggahan atau ada sebarang sumber fakta yang
berlainan dengan pengetahuan pembaca,kami sedia berbincang untuk untuk paparan
sebenar dan secara langsung ianya akan dapat diwarisi.
PERANGKAP NYAWA
Isnin 12.Nov, Sebilangan mejoriti
penduduk kampong tidak berpuas hati dengan adanya kembali penggorekkan pasir
yang sangat berhampiran dengan kediaman.Kawasan penggorekkan pasir tersebut
telah ditutup beberapa tahun lalu berikutan kejadian yang telah meragut nyawa
kanak-kanak yang lemas.Kejadian meragut nyawa lalu masih tidak menyedarkan
pihak berwajib dan ternyata seperti ada kepentingan individu tertentu.
Berikutan itu penduduk kampong secara
umum membantah dan pihak berwajib harus memberhentikan penggorekkan pasir
dengan segera.Perkara utama kerja tersebut terlalu berdekatan dengan kediaman
penduduk dan kawasan penggorekkan tiada ciri-ciri keselamatan iaitu tidak
berpagar.
Jarak dari kediaman hanya 300 meter
dan jarak kawasan penggorekkan daripada jambatan hanya 50 meter dan bakal
mengundang kerosakkan pada sturukur tanah.
Adakah kita akan melihat kejadian
buruk berulang semula ditempat yang sama.Penduduk tidak menafikan permintaan
untuk pembangunan tapi jangan abaikan keselamatan rakyat secara keseluruhan.
Perkara Pokok isu ini adalah pihak
berwajib harus berfikir rasional dan dapat memindahkan penggorekkan pasir
tersebut jauh dari penempatan.
Chief editor :
hackesmy@gmail.com
www.empayarbemuda.com.my
SIDANG PENGARANG
ASSALAMUALAIKUM dan
Salam Sejahtera,Kami kumpulan siding pengarang http://kgsawahbahru.blogspot.com mengucapkan terima kasih kepada penggunjung laman.Dalam menghadapi era
globalisasi kemajuan teknologi telah memberikan pelbagai sumber input tanpa
sempadan.Kami juga sedia membuka ruang untuk penduduk sekitar labis berkongsi
perkara-perkara yang memberikan kebaikkan kepada ramai pihak.
Segala apa juga paparan
dilaman ini adalah dari aduan,kebajikkan,aktiviti dan pelbagai lagi sumber
inspirasi positif kepada generasi mendatang.Kami tidak bertanggungjawab jika
maklumbalas penggungjung yang diberikan mendatangkan keburukkan kepada
mana-mana individu dan kami tidak akan memaparkan gambar,article dan apa juga
sumber yang menyalahi undang-undang.
Kami berharap laman ini
sebagai panduan terbaik kepada generasi muda,
Sekian Terima Kasih.
Barisan Editor
1st Editor
2nd Editor
Page by
http://www.empayarbemuda.com.my
KATA ALUAN
Assalamualaikum dan
sejahtera kepada penggunjung.Kami menggucapkan jutaan terima kasih buat tetamu
laman ini.Matlamat dan tujuan asas kami ialah untuk memberikan sumber
pengetahuan dan panduan kepada penduduk-penduduk kampong dengan segala sumber
aktiviti-aktiviti di Kampung Sawah Baru,Labis Johor.
Segala apa juga paparan
dilaman ini akan menjadikan sebuah kampong yang dahulunya jauh ketinggalan dari
pelbagai aspek dan terutama dari sumber jalur lebar.Kami juga mengucapkan
Terima kasih kepada pihak berwajib yang telah memberikan perkhidmatan jalur
lebar (Kg wifi) secara percuma kepada penduduk kampong.
Secara langsung
Generasi muda akan dapat manafaatkan sumber jalur lebar sebagai saluran
informasi pendidikan,pembangunan social,sumber ilmu dan pelbagai lagi input
berguna.Kami barisan siding pengarang http://kgsawahbahru.blogspot.com akan berusaha memberikan segala apa juga sumber kepentingan pengetahuan
kepada penduduk kampong Sawah Baru dan penggunjung.
Sekian Terima Kasih
Chief Editor
http://www.empayarbemuda.com.my
Langgan:
Catatan (Atom)