MASJID TERAWAL


 
Tapak Masjid terawal kampong sawah baru berada di kawasan perkuburan awal (hilir kampong) dan ianya juga adalah kawasan penempatan TERAWAL .Penduduk awal menggunakan penggangkutan air untuk membeli barang keperluan harian ke Segamat.Secara umum kita ketahui cara perdagangan urusniaga menggunakan sistem tukaran barang(sistem bata).Kebergantungan pendapatan ialah sumber pertanian seperti Padi,Buah-buahan,getah dan pelbagai lagi sumber pertanian didagangkan untuk pertukaran barang keperluan harian.
Paparan Sejarah kampong bertujuan untuk generasi muda mengetahui dan dapat dibukukan sebagai panduan dan rujukan untuk dijadikan sumber pengetahuan generasi mendatang.
Kami bersyukur kerana masih ada warga emas yang masih lagi mengetahui sebahagian sejarah penempatan awal dan panduan ini akan dapat diwarisi berkekalan.
 
*****Jika paparan sejarah ada percanggahan atau ada sebarang sumber fakta yang berlainan dengan pengetahuan pembaca,kami sedia berbincang untuk untuk paparan sebenar dan secara langsung ianya akan dapat diwarisi.
 
Chief editor  hackesmy@gmail.com
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog