PERANGKAP NYAWA


Isnin 12.Nov, Sebilangan mejoriti penduduk kampong tidak berpuas hati dengan adanya kembali penggorekkan pasir yang sangat berhampiran dengan kediaman.Kawasan penggorekkan pasir tersebut telah ditutup beberapa tahun lalu berikutan kejadian yang telah meragut nyawa kanak-kanak yang lemas.Kejadian meragut nyawa lalu masih tidak menyedarkan pihak berwajib dan ternyata seperti ada kepentingan individu tertentu.

Berikutan itu penduduk kampong secara umum membantah dan pihak berwajib harus memberhentikan penggorekkan pasir dengan segera.Perkara utama kerja tersebut terlalu berdekatan dengan kediaman penduduk dan kawasan penggorekkan tiada ciri-ciri keselamatan iaitu tidak berpagar.

Jarak dari kediaman hanya 300 meter dan jarak kawasan penggorekkan daripada jambatan hanya 50 meter dan bakal mengundang kerosakkan pada sturukur tanah.

Adakah kita akan melihat kejadian buruk berulang semula ditempat yang sama.Penduduk tidak menafikan permintaan untuk pembangunan tapi jangan abaikan keselamatan rakyat secara keseluruhan.

Perkara Pokok isu ini adalah pihak berwajib harus berfikir rasional dan dapat memindahkan penggorekkan pasir tersebut jauh dari penempatan.

 

Chief editor   :     hackesmy@gmail.com

 


www.empayarbemuda.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog