Malaysia sebuah negara yang telah mengecapi kemerdekaan 55
tahun dan dasar termetrai perjanjian terdiri dari kaum Pribumi,Melayu
(Bumiputra),Cina dan India dengan perlaksanan sistem Demokrasi.Namun dari
perjanjian kemerdekaan tersebut masih lagi belum mampu memberikan pengertian
yang jelas kepada semua kaum.Ternyata Melayu masih lagi mendahului berbanding
kaum-kaum lain di Bumi Malaysia tertinggal dan ketinggalan dari
kefahaman,pengertian dan perlaksanan Demokrasi.
Kaum Melayu telah berjaya menjuarai dari aspek percakaran ,
perbalahan dan sanggup melemparkan pelbagai dakyah yang akan merosakkan ,
semata-mata untuk kepentingan peribadi.Media cetak dan elektronik terus
memaparkan percakaran sehingga terlupa nilai-nilai ‘ISLAM’.Kaum dan Bangsa
selain melayu hanya sebagai penonton setia dan secara langsung menjadikan Kaum
melayu sebagai penglipurlara dan umpama badot dengan pertelingkahan yang terus
berlangsung tanpa noktah.
Kami mengucapkan terima
kasih sejungjung tinggi kepada Warga Kampung Sawah Bahru
yang semakin matang dan faham juga hampir mendalami pengertian Demokrasi.Hormat
menghormati,toleransi,kemasyarakatan dan yang terpenting jangan
memperkecil,menghina,mengkeji,menghukum dan membenci kepada siapa juga dengan
fahaman politik berlainan.
Usia kemerdekaan Malaysia di tahap umur yang boleh dikatakan
cukup matang dan sewajibnya Kaum Melayu seiring dan kebersediaan mengharungi
arus kemajuan.Jangan terlintas sekecil kuman didalam hati untuk menilai juga
menghukum sesama manusia kerana ‘sesuatu kejadian itu pasti ada sesuatu perkara
hanya ALLAH maha mengetahui’.
Pangkat , darjat juga gelaran itu hanya sementara.Kebaikkan ,
kemulian , keinsafan , keserdahanaan , ketaqwaan , keimanan dan kemakmuran itu
datang dari hati yang benar-benar mendalami ISLAM.Jadikan Al-Quran dan Hadis
sebagai panduan dan ISLAM sebagai anutan dan pegangan , sesungguh ALLAH maha
segalanya , amin.