BANJIR OH BANJIR


“Banjir Oh Banjir” itu telah menjadi rutin musim di penghujung tahun dalam calendar “orang Putih”,bila sampai waktu dan ketika pasti penduduk merasa sedikit tertekan.Sebagai manusia yang beriman kita harus bersyukur dan redha akan ketentuan perjalanan kehidupan dan segala apa yang dipersembahkan di bumi ini adalah sebagai panduan dan petunjuk ‘kekuasaan’ Maha Kuasa.

Bagi golongan yang mempunyai tanggungan anak persekolahan memang diakui cuaca yang lembab telah melebabkan poket untuk menampung kos pembelajaran anak-anak.Sebagai penoreh tegar tidak dinafikan di musim tengkujuh pendapatan meruncing tapi apa kan daya itu telah menjadi ‘asam garam’.

Rasanya sudah hampir 2 bulan hujan telah bersulam kecerahan cuaca,bila pagi cerah pasti petang atau malam dibasahi hujan dan bila pula pagi atau petang hujan nampaknya malam diterangi bulan dan bintang di awan tapi penoreh tetap kebergantungan pada keadaan pokok getah kalau batang poko basah pasti MC dapat dilanjut tarikh.

Tak dilupakan pula penduduk yang rumah kediaman berhampiran sungai dan saliran yang mudah dinaiki air pasti kegusaran menjadi tajuk penting dikotak pemikiran.Paras air sungai dan taburan hujan menjadi panduan untuk persediaan berpindah namun apa yang menjadi kepentingan umum ialah pentadbiran JKKK yang sudah bersedia untuk menyambut kedatangan “banjir oh banjir”.

Rata-rata penduduk yang mengalami banjir rasa kurang berpuas hati dengan ‘jawatankuasa banjir’ langsung tidak menjalankan tugas sebagaimana dipertanggungjawab oleh Kerajaan.Dimanakah pengaduan yang benar-benar mempunyai pembelaan, apakah harus mempersalahkan “politik”,rasa-rasanya kesalahan itu hanya kepada individu yang bertanggungjawab.

Banjir 2011 yang lalu telah memperlihat kerosakkan harta benda awam dan mangsa banjir tidak terbela sehingga ke hari ini,namun pentadbir kampong masih boleh berfoya-foya dan jari terus menuding tanpa arah,diantara kerosakkan awam ialah Dewan dan Jambatan.Sebagai manusia kita harus faham dan memahami Jawatan dan kerja yang dipertanggungjawabkan,buka semula lembaran ISLAM dan itulah panduan jelas untuk menerajui dengan berhemah.

Di Dunia kita mampu menjelaskan apa juga biarpun pembohongan diutamakan, namun bila kembali sebenar ajaran ISLAM sukar untuk berkata dan memperkatakan kerana hanya kebenaran diperjelaskan.

 

Chief editor hackesmy@gmail.com by www.empayarbemuda.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang komentar dari pembaca blog